Agak lama menyepi dari bercakap pasal bola disini. Baik tentang pasukan Hijau Kuning mahupun Man United. Prestasi pasukan Kedah dilihat bertambah baik selepas kehadiran pemain kelahiran Perancis berketurunan Maghribi. Prestasi & kemampuannya menghadirkan sumbangan bermakna bagi jentera tengah Kedah namun Kedah masih terumbang-ambing dibahagian serangan ekoran prestasi import dari Ghana iaitu Mohamed Hamidan yang tidak begitu memberangsangkan. Namun Kedah telah menempa slot di separuh akhir Piala FA dan akan bertemu Kelantan.
Beralih kepada pasukan gergasi dari England, Man United yang minggu lepas telah menjarakkan kedudukannya dengan Man City kepada 9 mata namun awal pagi tadi United tersungkur di DW Stadium, Wigan. Ini merupakan kekalahan pertama liga sejak dibenam oleh Newcastle 3-0 pada 4 Jan lalu. Selepas kekalahan tersebut, United merekodkan 11 kemenangan & 1 seri sebelum tewas kepada Wigan 0-1 pagi tadi. Kini City-United dibezakan dengan 5 mata & berbaki 5 perlawanan lagi.
Jadual United :
United vs Aston Villa (Old Trafford)
United vs Everton (Old Trafford)
Man City vs United (Etihad Stadium)
United vs Swansea City (Old Trafford)
Sunderland vs United (Std of Light)
Jadual City :
Norwich City vs City (away)
Wolve vs City (away)
City vs United (home)
Newcastle vs City (away)
City vs QPR (home)
Walaupun dilihat selesa mengungguli takhta tatkala ini, namun United tidak harus memandang mudah & terlalu yakin kerana pasukan2 seperti Everton & Sunderland serta City sendiri mampu melenyapkan impian ke-20 United bagi bergelar juara.
Dengan kebergantungan kepada prestasi beberapa individu iaitu Scholes, Giggs, Valencia & Rooney, United boleh menerima padah andai kata prestasi meraka tidak menjadi pada perlawanan2 tersebut. Selain itu, ketiadaan penggempur prolifik dihadapan juga kini menjadi masalah buat United. Welbeck & Chicharito shj yang menggalas cabaran dibahagian serangan ekoran Berbatov serta Owen dilihat tidak mempunyai peluang beraksi lagi bagi baki musim ini. Kembalinya Nani dari kecederaan sekurang2nya mampu memberi sedikit pilihan bagi menggempur kubu lawan. Ketika tewas pagi tadi, jentera serangan United dilihat gagal berfungsi baik dari bahagian sayap mahupun hadapan dengan dengan Rooney sendiri agak tenggelam kebahagian tengah meninggalkan Chicharito tanpa sumbangan bermakna. Ini merupakan perlawanan yang kedua United gagal menjaringkan sebarang gol dalam saingan BPL sejak gagal berbuat demikian di St. James Park (Sport Direct Arena) januari lalu.
Kekalahan terbaru ini diharap menjadi `wake-up call` buat pemain2 agar kembali fokus & lebih bertenaga menghadapi baki2 liga ini.
Glory Glory Man United!