Tuesday, December 13, 2011

Man United ledak 4 gol

Jaringan pembukaan oleh Nani.


Nani meraikan jaringannya.


Rooney kembali meledak gol pertamanya sejak 3 bulan lalu.


Gol ke-2 Rooney.



United akhirnya berjaya meledak lebih daripada 2 gol sejak oktober lalu. Perlawanan BPL antara United-Wolves ini juga menyaksikan Wayne Rooney kembali menemui sentuhan golnya sejak 3 bulan lalu.

Manchester United yang menerima kunjungan Wolverhampton Wonderers perlu bangkit selepas tersingkir dari UCL & aksi longlai sejak kebelakangan ini. Dengan melakukan sedikit pertukaran kesebelasan, United membariskan De Gea, Smalling, Ferdinand, Evans, Evra, Valencia, Jones, Carrick, Nani, Rooney & Welbeck. Gandingan tengah antara Carrick-Jones ternyata terus memberi sumbangan positif dimana pasukan berjaya digerakkan dengan berkesan sambil dibantu aksi cemerlang dari kedua2 sayap2 iaitu Valencia & Nani. Perlawanan ini juga merupakan penampilan terbaik Valencia setakat ini setelah sekian lama mengalami masalah prestasi yang tidak begitu baik. Nani juga penuh bertenaga dengan gerakan yang mengundang masalah buat bek kanan Wolve, Zubar.

2 gol masing2 melalui Nani & Rooney diharap membuat ruang bagi melonjak semula semangat & keyakinan pasukan untuk bangkit dalam setiap aksi akan datang.

Antara pilihan Man of The Match :

Nani (2 gol 1 assist), Valencia (3 assist), Rooney (2 gol) & Ferdinand.


Glory Glory Man United

Thursday, December 8, 2011

Finalist UCL 2010 tersingkir

Selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 keatas Aston Villa minggu lepas dalam BPL, United yang bertandang ke Basel memburu misi untuk melepasi peringkat kumpulan. Seri sudah memadai buat United untuk mengiringi Benfica yang muncul juara kumpulan.

Namun jangkaan itu meleset sama sekali!United yang dibarisi De Gea, Smalling, Vidic, Ferdinand, Evra, PJS, Jones, Giggs, Young, Nani & Rooney gagal bermain secara `United way`…walaupun penguasaan bola agak tinggi berbanding lawan, namun United dilihat tidak bersungguh atau dalam kata lain tiada `urgency` dalam memburu jaringan. Gerakan & hantaran yang dilakukan tidak begitu mengecewakan namun apa yang menjadi masalahnya ialah ketiadaan percubaan yang selama ini menjadi `trademark` gaya permainan United. Permainan pasukan United seringkali dikaitkan dengan corak menyerang yang bertali arus sebelum mencipta jaringan. Tetapi inilah sebenarnya maslah yang dihadapi oleh Man United dikala ini.

Jurang yang ditinggalkan oleh Paul Scholes dibahagian tengah diperlihatkan dengan jelas kebelakangan ini. Ini adalah kali kedua United disingkirkan dalam kejohanan pemburuan piala iaitu Carling Cup & pagi tadi Uefa Champion League. Sebenarnya bukanlah disebabkan United tidak melakukan pembelian pemain bagi menggantikan Scholes adalah punca segala kekalahan United. Namun soal kecederaan pemain akhir2 ini sememangnya menyumbang kearah ini. Selepas Scholes bersara, pemain2 seperti Fletcher, Carrick, Ando & Cleverley dilihat sebagai satu pilihan untuk mengurangkan jurang tersebut tetapi bila mereka tidak dapat diturunkan, maka masalah tersebut semakin parah. Agak malang buat United bila senarai pemain2 yang mengalami kecederaan semakin panjang.

Vidic dikatakan bakal diketepi untuk tempoh 4-9 bulan akibat ligamen lututnya putus. Ketiadaan Vidic nanti bakal mengundang masalah andai kata Ferdinand pula tidak cergas atau cedera. Smalling yang diturunkan sebagai bek kanan pagi tadi melakukan 2 kesilapan yang lantas dihukum dengan jaringan gol. Selepas berebut dengan Vidic & terjatuh, dia seharusnya segera bangun w/pun jelas pelanggaran tersebut tidaklah begitu serius.

Bahagian tengah antara Giggs & Jones walaupun berupaya menggerakkan pasukan, namun sekali lagi faktor tiada `urgency` dalam melancarkan serangan sebenarnya tidak langsung mengancam kubu Basel yang dibarisi oleh dua pertahanan tengah yang tinggi. Giggs cuba melakukan hantaran tinggi kedepan walaupun penyerang United adalah Rooney & Nani yang bukanlah begitu tinggi. Nani nampak berusaha sedaya upaya utk menembusi benteng lawan namun belum cukup baik untuk mendapatkan jaringan. Young pula begitu `ordinary` diperingkat Eropah. Nyata pengalamannya masih belum cukup utk mengatasi lawan diperingkat ini. Rooney nampak seolah2 tiada dalam permainan. Tiada kesungguhan ditunjukkan & kemungkinan diganggu oleh rayuannya utk layak bermain di Eropah bersama England nanti bakal didengar hari ini.

Secara mudahnya, United gagal bermain dengan corak yang dimainkan United selama ini. This is not United way. Kalau sebelum ini, selepas kehilangan Keane... United gagal melepasi peringkat kumpulan UCL musim berikutnya, kali ini United yang kehilangan Scoles juga menuruti jejak yang sama. Dari satu sudut, aku berpendapat alangkah lebih baiknya jika United boleh membiarkan Galati mengambil alih tempatnya dalam Europa League. United tidak pernah bermain dalam saingan ini & ianya adalah sesuatu yang asing yang bakal mengubah jadual permainan iaitu Khamis di Eropah & hanya akan bermain pada hari Ahad atau Isnin dalam BPL. United bakal menjadi pilihan pula dalam peringkat kalah mati 32 pasukan. Buat masa ini, dengan skuad yang ada kini United begitu sukar untuk memberi fokus dalam banyak kejohanan. Lebih baik hanya fokus kepada BPL manakala tugas utk Piala FA juga agak sukar selepas diundi bertemu City yang ketika ini mempunyai skuad yang besar & baik berbanding United yang semakin tempang akibat masalah kecederaan. Tersingkir dari UCL juga bakal memberi kesan besar dari sudut`financial` United.

Rating perlawanan dengan FC Basel :

De Gea (7)
Smalling (5), Vidic (6), Ferdinand (7), Evra (7)
PJS (6), Giggs (6), Jones (6), Young (5)
Nani (7.5), Rooney (5)

sub : Evans (6), Welbeck (6.5), Macheda (5)

Senarai kecederaan pemain2 United :

Vidic - lutut (4-9 bulan)
Berbatov - ankle
Hernandez - ankle (Jan/Feb)
Fabio - hamstring
Rafael - knock
Owen - thigh (Jan)
Ando - lutut (Feb)
Cleverley - ankle (Dis/Jan)
Fletcher (fitness problem)

Jika melihatkan senarai pemain yang `available`, maka tidak keterlaluan utk mengatakan bahawa jika United berhajat utk mencapai sekurang2 satu piala, sesuatu perlu dilakukan apabila `Transfer Window` dibuka Januari nanti. Barisan sedia ada kini semakin tempang bagi meneruskan saingan secara mantap bagi menyaingi jadual yang semakin padat.




Glory Glory Man United!

Thursday, December 1, 2011

Crystal Palace singkirkan United di OT

Gol kemenangan Crystal Palace hasil tandukan Murray di depan gol United dalam masa tambahan

Smalling cuba mengekang pergerakan pemain Palace, Murray.

  • United gagal layak ke separuh akhir Piala Liga (Carling Cup)
  • United yang menurunkan pemain2 yang baru pulih dari kecederaan, masih belum belum cergas sepenuhnya, pemain2 muda & pemain2 yang jarang diturunkan terpaksa membayarnya dengan kekalahan di tempat sendiri.
  • Palace bermain dengan baik dengan berada pada posisi yang betul & tidak melakukan kesilapan kecuali satu penalti.
  • Pemain2 United tidak mampu masuk ke dalam kotak penalti lawan.
  • United juga gagal melakukan gerakan & hantaran yang mampu menghasilkan gol.
  • Hampir tiada percubaan berbahaya yang dicipta oleh United.
  • Secara keseluruhnya, sememangnya United tidak layak untuk mara ke separuh akhir jika corak permainan sebegitu dipamerkan. Langsung tidak mengancam kubu lawan & gagal menembusi benteng dengan hantaran & gerakan tidak memberikan kesan.
  • Keputusan penuh : United 1-2 Crystal Palace (120' extra time) : Gol2 jaringan Ambrose & Murray (Palace), Macheda (p)(United)
Pemain2 yang diturunkan ialah :

Amos (5)
Rafael (5) Smalling (5) Evans (6) Fabio (5)
Valencia (5), Gibson (6), PJS (6), Macheda (6)
Berbatov (5), Diouf (5)

sub : Zeki (6), Pogba (6), Morrison (5)


* ( ) adalah rating yang aku bagi utk sumbangan/tahap permainan mereka.

Tuesday, November 29, 2011

Jejak Harimau Malaya

Bolasepak negara mutakhir ini kembali bernafas dengan langkah yang dilihat semakin tersusun memperbaiki aksi sumbang setiap kali turun ke gelanggang. Bermula pada kebangkitan di Sukan Sea 2009, skuad kendalian K.Rajagobal berjaya membawa pulang emas dari Laos menewaskan lawan dari Vietnam. Rentetan dari pemain2 yang dibawa itu, skuad negara terus menunjukkan belang `tarung` harimau malaya dengan aksi memukau di kejohanan AFF dengan mematahkan sayap penganjur kejohanan, Indonesia yang terkenal dengan skuad Garudanya. Terkini, skuad bimbingan Ong Kim Swee pula memastikan bahawa Malaysia sudahpun menguasai bolasepak di Asia Tenggara ini. Skuad muda Harimau Malaya berjaya mempertahankan emas di Sukan Sea baru2 ini.

Namun, usah kita bermegah dengan nikmat sementara itu malah perlu terus mengorak langkah, mengatur strategi & membina kekuatan diri & pasukan bagi menghadapi saingan diperingkat seterusnya. Kita harus akui bahawa kuasa bolasepak di rantau ini telah kita kecapi namun tugas seterusnya belum sempurna malah perlu lebih diteliti & dikaji.

Pulang dari aksi final Sea Games, skuad muda negara berdepan pula dengan perlawanan kelayakan Olimpik peringkat Zon Asia yang melibatkan Jepun, Syria, Bahrain & Malaysia dalam kumpulan C. Tewas kepada Jepun ketika perlawnan pertama, skuad olimpik berdepan pula dengan Syria di `Gelora` Bukit Jalil setelah berehat sehari selepas pertarungan 120' dalam aksi dengan pasukan Indonesia. Memang tidak banyak harapan diletakkan kepada pemain2 utk membenam Syria rentetan faktor keletihan fizikal & emosi. Namun syabas & tahniah juga diucapkan walaupun tumbang 0-2 kepada lawan. Jelas diperingkat Asia, faktor fizikal megitu memihak kepada lawan dari Mediterranean ini. Malaysia ampuh bertahan sehinggalah pada baki 30` terakhir perlawanan, skuad muda ini hilang fokus & konsentrasi dengan membenarkan lawan menebusi gawang.

Ahad lalu, Harimau Muda sekali kali dilepaskan ke `kandang` dengan hasrat mencari `habuan` santapan pertama. Jelas kesungguhan itu berhasil dimana Mohd Nazmi Faiz Mansor (12) melakukan satu rembatan dari luar kotak penati setelah memperdaya pemain lawan dengan jaringan yang menggegarkan `Gelora` Bukit Jalil. Walaupun usianya baru 17 tahun, pemain yang menerima jolokan `Kaka Malaysia` & jelmaan Azizol Abu Hanifah ini telah mempamerkan pemainan yang mengagumkan. Awal2 lagi jurulatih Bahrain telah mengingatkan pemainya supaya mengawasi pemain tengah Malysia bernombor 12. Dibantu pula dengan aksi & tackle mantap oleh Mohd. Affize, Malaysia menguasai baik dikawasan tengah padang.

Separuh masa kedua, Mahali pula menambah keyakinan bahawa kita masih berpeluang menjejakkan kaki ke London 2012 nanti. Ditambah dengan lawan beraksi 10 pemain, Malaysia dilihat & berasa yakin akan memungut mata penuh. Namun bolasepak boleh bertindak kejam. Akibat kelalaian barisan tengah & benteng, lawan beroleh gol pertama. Ketiadaan Nazmi & Affize ternyata memberi kesan kepada permainan kita bilamana mereka dikeluarkan akibat kecederaan. Kesalahan & kesilapan terus dihidangkan kepada lawan & akhirnya Harimau Muda tumbang dengan 2-3!

Apa yang dapat diteliti ialah bilamana ketiadaan pemain utama memberi harga yang cukup mahal buat kita. Walaubagaimanapun, apa yang kita perlu lihat secara positifnya, skuad muda ini sememangnya mempunyai harapan yang baik & cerah jika beberapa penambahbaikan dapat dijelmakan pada masa2 mendatang. Pertamanya, barisan `back 5` iaitu pertahanan & GK dilihat mantap dengan barisan pemain seperti Fahmi, Mahali, Fadhli, Muslim, (Amer) & Zubir. Inilah pertahanan yang akan membarisi skuad Harimau Malaya nanti. Jika ditambah dengan Asraruddin Putra, rasanya barisan pertahanan sudah lengkap. Cuma perlukan back-up yang mantap utk 2 posisi lagi iaitu bek kanan & satu lagi bek tengah.

Bahagian tengah, sudah pasti nama Nazmi Faiz menjadi pilihan utama. Selain itu, Irfan, Gary Steven Robat, Affize & Gurusamy sudah pasti akan menjadi pilihan utama selain seperkuatkan dengan kehadiran pemain kelahiran Sg Petani & juga Kapten Marvel, Baddrol Bakhtiar. Bahagian sayap kita masih lagi tercari2 gandingan & nama yang beraksi konsisten. Syahrul Azwari & Fandi masih lagi perlu memperkemaskan lagi permainan mereka. Wan Zaharul & Wan Zack juga tidak konsisten permaiannya ditambah pula dengan masalah kecederaan.

Rangkaian serang merupakan barisan yang paling kritikal buat skuad muda ini. Jelas aksi di Sukan Sea & Kelayakan Olimpik memperlihatkan bagaimana kita kekurangan & ketandusan penggempur berbisa. Dengan Safee Sali & Shahrul Idlan meniti usia lewat 20-an, kita harus beruasaha menggilap permata penyerang dengan kadar segera. Jurang skuad muda ini masih belum jauh dengan kuasa Asia yang lain. Usah biarkan kita terus ketinggalan.

Ayuh Harimau Malaya, mulai langkah anda untuk mensasarkan peringkat Asia pula!

Aummmmmm….!

United bergelut mencari rentak sendiri

Selepas tewas dengan kekalahan besar kepada pasukan tetangga, Man City dalam aksi liga perdana, United terus dilihat bergelut dalam mencari semula sentuhan cemerlang. Selepas menewaskan Norwich 2-0 pada Oktober lalu, United dilihat hilang sentuhan gol dimana dalam setiap perlawanan selepas itu, United hanya menjaringkan satu gol bagi setiap perlawanan dengan bolos 8 kali (GF 6, GA 8) dalam 6 perlawnan terakhir (DLWWWD).

Jika dilihat pemain2 yang diturunkan, masalah kini tertumpu pada bahagian tengah dan serangan setelah bahagian pertahanan dilihat semakin baik beraksi. Bahagian tengah mempunyai masalah kecederaan & kecergasan pemain2 seperti Anderson (knee - Feb) & Cleverley (ankle - Dec) manakala Fletcher, Gibson, Giggs, PJS akan bersaing untuk bergandingan dengan Carrick yang sekarang ini mempamerkan aksi yang semakin mantap. Namun persembahan yang dipamerkan sebenarnya agak meragukan & kurang konsisten lebih2 lagi bila gagal dibantu oleh barisan sayap iaitu Nani, Young & Valencia. Pemain sayap kini paling kurang efektif berbanding persembahan2 awal musim yang lalu. Nani & Young prestasi mereka turun naik. Dalam pertemuan baru2 ini, Young mempersia2kan terlalu banyak peluang untuk mencipta jaringan. Valencia pula dilihat masih belum mampu kembali kepada prestasi terbaiknya sebelum mengalami patah kaki pada musim yang lalu.

Barisan serangan juga sebenarnya agak goyah kerana United nampak seolah2 bergantung kepada Chicarito shj utk mencari jaringan padahal corak permainannya terlalu banyak bergantung kepada bagaimana bahagian tengah & sayap mencipta ruang & peluang. Rooney pula akhir2 ini lebih banyak membantu bahagian tengah utk menggerakkan pasukan sehingga meninggalkan ruang kosong diatas ketika menyerang & gagal memberi sokongan buat Chicharito secukupnya. Berbatov bukanlah alternatif dikala United ketandusan gol namun kelibatnya masih diperlukan teruatamanya utk mengawal bola & membuka ruang2 utk menyerang. Owen dilihat lebih tajam namun kelibatnya mungkin tidak akan dilihat sehingga sekurang2nya Januari nanti akibat kecederaan (thigh). Welbeck juga dibelenggu masalah kecederaan (hamstring) namun mungkin akan kembali dalam beberapa perlawanan lagi. Kiko pula telah kembali beraksi namun masih belum boleh diharapkan utk memberi impak yang besar.

United perlu segera bangkit dengan aksi yang lebih baik jika ingin merapatkan jurang dengan City sebelum tirai perpidahan Januati nanti dibuka. Awal pagi Khamis nanti United akan melayan Crystal Palace utk perlawanan Piala Carling & ini merupakan peluang & ruang yang terbaik utk membolehkan pemain2 yang sudah lama tidak beraksi mendaptkan kembali `match fitnest` & pemian muda utk menunjukkan kemampuan masing2 terutamanya Pogba, Fyers, Morrison, Keane & Thorpe.

Hujung minggu nanti pula, United akan berdepan dengan Aston Villa sebelum bertandang ke Basel utk merebut tempat ke pusingan kalah mati UCL. Dengan jadual perlawanan yang padat, kemungkinan barisan pemain juga akan bertukar ganti.

Crystal Palace (Carling Cup) :
Lindegaard, Smalling, Jones, Evans, Rafael, Valencia, Gibson, PJS, Young, Berbatov, Macheda
sub : Amos, Vidic, Fabio, Fletcher, Fyers, Pogba, Morrison, Diouf

Aston Villa (BPL) :
De Gea, Smalling, Vidic, Ferdinand, Evra, Nani, Fletcher, Carrick, Young, Rooney, Hernandez
sub : Lindegaard, Fabio, Jones, PJS, Valencia, Berbatov, Welbeck

FC Basel (UCL)
Lindegaard, Rafael, Vidic, Ferdinand, Evra, PJS, Carrick, Giggs, Young, Rooney, Hernandez
sub : De Gea, Jones, Evans, Nani, Valencia, Fletcher, Berbatov, Welbeck


Mengalami `thigh injury` & bakal diketepikan selama 6 minggu

Macheda kembali diturunkan

Valencia masih tercari-cari permainan terbaiknya bagi musim ini.

Wednesday, November 2, 2011

Old Trafford Today & Transfer Rumours

Carrick yang tidak turunkan dlm beberapa perlawanan sebelum ini dijangka disenaraikan. W/bagaimanapun, Carrick dilaporkan turun berlatih bersendirian & berkemungkinan tidak akan membarisi skuad utama sekalipun disenaraikan.

Dengan Vidic digantung 2 perlawanan UCL, Ferdinand dilihat bakal mengambil tempat kapten United itu. Berkemungkinan Ferdinand akan bergandingan dengan Jones jika Evans direhatkan.

Rafael dilaporkan telah seminggu turun berlatih selepas kembali pulih akibat kecederaan bahu. Namun agak sukar untuknya kembali kedalam pasukan berdasarkan faktor kecergasan. Kembarnya, Fabio bakal mengisi slot bek kanan jika Jones diletakkan ditengah bersama Ferdinand.

Young, Smalling serta Cleverley bakal berehat akibat kecederaan. Ketiadaan Young memberi masalah bagi posisi sayap kiri. Nani atau PJS dilihat agak goyah untuk memberikan aksi terbaik diposisi tersebut.

Persembahan yo-yo dari Anderson memberi masalah buat bahagian tengah United. Persembahan Ando masih belum konsisten. Namun berkemungkinan akan disenaraikan samaada bersama Carrick atau Fletcher ditengah nanti.

Giggs pada awalnya dilihat sebagai pilihan yang bakal diturunkan untuk pertemuan dengan Otelul nanti. Bagaimanapun, dilaporkan Giggs mengalami masalah hamstring dan bakal diketepikan. Begitu juga Welbeck, dia tidak akan bermain pada perlawanan di OT nanti.

Rumours & Other News

  • Rio Ferdinand dikatakan bakal menghabiskan musim terakhirnya bersama United hujung musim ini & Spurs antara yang berminat mendapatkan khidmat bekas pemain Leeds ini.
  • Sebagai pengganti Ferdinand, United berminat mendapatkan penmain pertahanan Dortmund, Neven Subotic
  • United dikatakan berminat mendapatkan Klaas-Jan Huntelaar bagi menggantikan Dimitar Berbatov yang tidak menjadi pilihan lagi di OT.
  • Tomas Kuszczak berkemungkinan akan dipinjamkan ke Sunderland secara pinjaman kecemasan apabila penjaga gol mereka, Mignolet mengalami patah hidung
  • Ole Gunnar Solskjaer berjaya membawa Molde FK menjuarai liga Norway. Molde mencatat seri hasil jaringan Magnus Eikram (pinjaman United) yang membolehkan Molde bergelar juara dimana Rosenborg tewas kepada lawan lain.

Tuesday, November 1, 2011

UCL Preview : Man United vs Otelul Galati

Pertemuan awal pagi khamis (waktu Malaysia) menentang Otelul Galati dari Romania harus dijadikan perlawanan yang menjamin tempat utk mara ke pusingan seterusnya. 3 mata penuh akan memudahkan laluan ke peringkat seterusnya dimana United hanya mencatatkan 1 menang & 2 seri dari 3 perlawanan terdahulu. Ketika pusingan pertama di Bucharest, United menang 2-0 namun jika dilihat dari segi mutu & kualiti permainan, United tidak bermain dengan begitu baik. Mungkin barisan pemain yang sama tidak akan diturunkan. Ketika itu United membariskan Lindegaard, Fabio, Smalling, Vidic, Evra, Valencia, Carrick, Anderson, Nani, Rooney & Hernandez. Walaupun diatas kertas ternyata barisan yang diturunkan agak mantap, namun masih gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan. Anderson, Nani & Valencia ternyata begitu lesu dah gagal membantu serangan dgn gerakan dari tengah padang yang seringkali tersangkut & dipintas lawan. Ditambah pula Vidic dilayangkan kad merah, United begitu terdesak untuk melakar kemenangan sulong.

Ulangan perlawanan nanti di OT diharap bukan juga ulang tayang skrip yang sama. Peminat2 mengharapkan barisan pemain United kembali berbisa dengan gerakan2 yang mencetuskan rasa gerun barisan pertahanan lawan. Bermula dari berisan tengah, dijangkakan kemungkinan Carrick & Anderson akan disenaraikan semula setelah `sepi` dalam beberapa perlawanan. Dengan ketiadaan Young, bermakna kemungkinan besar Nani & Valencia sekali lagi akan diturunkan dibahagian sayap memandangkan PJS telah bermain 90min dlm dua perlawanan sblm ini iaitu Carling Cup & ketika bertemu Everton.

Giggs juga berkemungkinan akan disenaraikan bagi membantu Rooney yang dijangka berseorangan didepan. Barisan pertahanan mungkin akan memberi ruang kepada Ferdinand utk bergandingan dengan Jones atau Evans sambil Fabio & Evra mengisi slot fullback. Selalunya Lindegaard akan diturunkan dalam pertemuan UCL memandangkan De Gea menjadi pilihan utk BPL & Amos utk Carling Cup (Kuszczak utk reserve..heheh). Jadi berkemungkinan United akan bermain dengan posisi 4-5-1 utk separuh masa pertama sebelum bertukar ke 4-4-2 dalam separuh masa kedua. Owen, Berbatov, Hernandez, Fletcher, PJS, De Gea mungkin akan berada dibangku simpanan. Ketiadaan back-up utk posisi pertahanan bakal digalas oleh Fletcher & Carrick andai ada berlaku kecederaan lebih2 lagi Fabio atau Ferdinand.

Lindegaard

Fabio, Jones, Ferdinand, Evra

Carrick, Anderson

Valencia, Giggs, Nani

Rooney

sub : De Gea, Evans, Fletcher, PJS, Owen, Berbatov, Hernandez

Dijangkakan United tidak akan menghadapi kesukaran utk mencari mata ke-8 dari 4 perlawanan yg telah berlangsung. Mungkin lebih banyak gol dapat dihidangkan dalam perlawanan ini nanti.