Friday, May 18, 2012
Thursday, May 17, 2012
Euro 2012 : Kumpulan D
Gelaran : Synyo-Zhovti (Blue & Yellows)
Pengurus/Jurulatih : Oleh Blokhin
Penampilan : Pertama
Pemain Paling Banyak Beraksi : Antoliy Tymoshchuk (113)
Penjaring Gol Terbanyak : Andriy Shevchenko (46)
Pencapaian terbaik di Euro : -
Barisan Pemain (Provisional) :
Pasukan : Perancis (France)
Wednesday, May 16, 2012
Euro 2012 Poland-Ukraine
* Next post nanti aku cuba senaraikan pemain2 yang telah disenarai pendekkan utk kejohanan kali ini mengikut kumpulan.
Liga Super & Liga Perdana
Tuesday, May 15, 2012
Neo need new owner
City ketepikan United
Jelasnya, walaupun United & City berkongsi 28W,5D,5L namun kejuaraan kali ini mencipta sejarah apabila jumlah jaringan 8 gol memisahkan antara City & Man United. Dengan 89 mata yang diperolehi oleh kedua2 pasukan, ternyata saingan kali ini dilihat hanya diantara dua kelab Manchester shj dimana Arsenal ditangga ketiga hanya mampu memungut 70 mata iaitu 19 mata dibelakang.
Musim 2012-13 akan datang pasti menjanjikan perubahan yang mungkin agak besar buat United. Beberapa pemain pasti akan digugurkan & muka2 baru serta bakat2 besar adalah diharap mampu mengembalikan United kedudukan yang lebih baik. Anderson, Berbatov, Pogba & Micheal Owen antara yang hampir pasti meninggalkan United. Selain itu, ada khabar angin menyatakan kemungkinan besar Darren Fletcher sedang mempertimbangkan untuk bersara ekoran masalah kesihatannya. Paul Scholes & Ryan Giggs diberitakan akan terus kekal musim depan namun United tidak lagi mampu untuk terus menagih kudrat mereka dalam setiap perlawanan. Giggs telah diberi kebenaran untuk beraksi di Olimpik bersama pasukan Great Britain manakala Chicharito, Evans, Smalling, Jones & Rooney dihalang oleh United.
Selain itu, beberapa pemain kemungkinan akan dipinjamkan keluar antaranya Fabio, Ritchie De Laet, Will Keane & Macheda. Peluang terakhirnya nampaknya buat Macheda sebelum ditunjukkan pintu keluar. Gosip pemain2 yang bakal disambar United juga semakin banyak disiarkan didada2 akhbar sebelum bermulanya Euro 2012. Antaranya ialah Shinji Kagawa (Bor.Dortmund), Eden Hazard (Lille), Leighton Baines (Everton), Mats Hummels (Bor.Dortmund), Moussa Dembele (Fulham), Kwadwo Asamoah (Udinese), Jan Vertonghen (Ajax), Luuk de Jong (FC Twente), Nick Powell (Crewe), Nicolas Gaitan (Benfica), James Rodriguez (Porto), Gerard Pique (Barca) serta Fernando Llorente (Atl. Bilbao).
Dalam pada itu, Antonio Valencia telah dipilih sebagai Sir Matt Busby Player of The Year & Goal of the Season. Miacheal Keane pula dipilih United Reserve Player of the Year & Mats Daehli memenangi Jimmy Murphy Young Player of the Year.
Glory Glory Man United.
Thursday, April 12, 2012
Man United - 20 Times?

Agak lama menyepi dari bercakap pasal bola disini. Baik tentang pasukan Hijau Kuning mahupun Man United. Prestasi pasukan Kedah dilihat bertambah baik selepas kehadiran pemain kelahiran Perancis berketurunan Maghribi. Prestasi & kemampuannya menghadirkan sumbangan bermakna bagi jentera tengah Kedah namun Kedah masih terumbang-ambing dibahagian serangan ekoran prestasi import dari Ghana iaitu Mohamed Hamidan yang tidak begitu memberangsangkan. Namun Kedah telah menempa slot di separuh akhir Piala FA dan akan bertemu Kelantan.
Beralih kepada pasukan gergasi dari England, Man United yang minggu lepas telah menjarakkan kedudukannya dengan Man City kepada 9 mata namun awal pagi tadi United tersungkur di DW Stadium, Wigan. Ini merupakan kekalahan pertama liga sejak dibenam oleh Newcastle 3-0 pada 4 Jan lalu. Selepas kekalahan tersebut, United merekodkan 11 kemenangan & 1 seri sebelum tewas kepada Wigan 0-1 pagi tadi. Kini City-United dibezakan dengan 5 mata & berbaki 5 perlawanan lagi.
Jadual United :
United vs Aston Villa (Old Trafford)
United vs Everton (Old Trafford)
Man City vs United (Etihad Stadium)
United vs Swansea City (Old Trafford)
Sunderland vs United (Std of Light)
Jadual City :
Norwich City vs City (away)
Wolve vs City (away)
City vs United (home)
Newcastle vs City (away)
City vs QPR (home)
Walaupun dilihat selesa mengungguli takhta tatkala ini, namun United tidak harus memandang mudah & terlalu yakin kerana pasukan2 seperti Everton & Sunderland serta City sendiri mampu melenyapkan impian ke-20 United bagi bergelar juara.
Dengan kebergantungan kepada prestasi beberapa individu iaitu Scholes, Giggs, Valencia & Rooney, United boleh menerima padah andai kata prestasi meraka tidak menjadi pada perlawanan2 tersebut. Selain itu, ketiadaan penggempur prolifik dihadapan juga kini menjadi masalah buat United. Welbeck & Chicharito shj yang menggalas cabaran dibahagian serangan ekoran Berbatov serta Owen dilihat tidak mempunyai peluang beraksi lagi bagi baki musim ini. Kembalinya Nani dari kecederaan sekurang2nya mampu memberi sedikit pilihan bagi menggempur kubu lawan. Ketika tewas pagi tadi, jentera serangan United dilihat gagal berfungsi baik dari bahagian sayap mahupun hadapan dengan dengan Rooney sendiri agak tenggelam kebahagian tengah meninggalkan Chicharito tanpa sumbangan bermakna. Ini merupakan perlawanan yang kedua United gagal menjaringkan sebarang gol dalam saingan BPL sejak gagal berbuat demikian di St. James Park (Sport Direct Arena) januari lalu.
Kekalahan terbaru ini diharap menjadi `wake-up call` buat pemain2 agar kembali fokus & lebih bertenaga menghadapi baki2 liga ini.
Glory Glory Man United!


















