Wednesday, August 29, 2012

Kagawa, RvP & Rooney...



Dengan tingkap perpindahan bakal ditutup dlm 2 hari lagi…nmpknya dah boleh agak senarai lengkap pemain2 utama United musim ini. Musim lalu United tersentak dgn terlepasnya peluang mencatat kejuaraan ke-20 disaat akhir pada perlawanan terakhir City-QPR. Musim ini United agak agresif mendapatkan beberapa tonggak penting utk mencabar City & lain2 pasukan. Kegagalan membawa Lucas Moura pada aku tidak perlu dikesalkan sgt & berpendapat United musim ini akan `pening` kepala dgn `kebanjiran` pemain2 diposisi tengah & serangan. Permulaan musim baru dengan langkah kiri sedikit terjejas dgn kehilangan tonggak utama & sokongan pemain2 diposisi pertahanan tengah dgn Evans (ankle), Ferdinand (back), Smalling & Jones. Carrick dipaksa turun sekali lagi keposisi pertahanan tengah bersama2 dgn Vidic. Namun United tidak mampu menahan corak permainan fizikal yang ditunjukkan oleh Everton & lebih2 lagi kelibat Fellaini. Kehadiran RvP sememangnya sgt menarik namun pada masa yang sama mengundang masalah pada corak taktikal yang bakal digunakan. Ketika di Goodison Park, ternyata ianya bukanlah `ground` yang mudah bagi United apatah lagi Rooney. Rooney ternyata tenggelam dipadang yang telah memberi peluang kpdnya dlm sukan bolasepak di BPL. Line-up yang terapkan bukanlah calang2 pemain malah United menguasai permainan namun gagal utk menghadirkan percubaan.

Ketika debut di OT, RvP & Kagawa masing2 menjaringkan gol dgn Rooney diletakkan dibangku simpanan manakala Nani tidak disenaraikan berikutan aksi yang lemah ketika tewas kepada Everton. Kehadiran Rafael & Valencia dibahagian kanan United memberi impak yang berkesan ketika melancarkan serangan. Namun Rafael yang telah diberikan jersi no. 2 United masih perlu banyak belajar terutamanya ketika bertahan. Aksinya ketika Brazil tewas kepada Mexico di Olimpik septutnya menjadi pengajaran berguna dlm meneruskan perkembangan permainannya utk United. Terbaru dikhabarkan Berbatov sedang dinilai oleh Fiorentina manakala Nani diintai oleh Zenit St. Petersbuurg. Sekiranya Jovetic meninggalkan Fiorentina utk ke City, kemungkinan besar Berbatov bakal berhijrah ke Itali & Nani meminta pendirian United tentang masa depannya di OT. Zenit sedia menawarkan £25m utk pemain sayap Portugal ini. Aksi Nani dilihat tidak konsisten sejak dari musim lalu.


In
Shinji Kagawa (Borussia Dortmund), Nick Powell (Crewe), Robin van Persie (Arsenal), Alexander Buttner (Vitesse Arnhem)
Out
Ben Amos (Hull City) Loan, Ritchie De Laet (Leicester City), Fabio da Silva (Queens Park Rangers), Tomasz Kuszczak (Brighton & Hove Albion), Michael Owen (released), Park Ji-Sung (Queens Park Rangers), Paul Pogba (Juventus), Zeki Fryers (Standard Liege)

Senarai penuh pemain2 utama United musim ini :

GK : David de Gea, Anders Lindegaard

DEF : Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Rafael da Silva, Patrice Evra, Cris Smalling, Jonny Evans, Phil Jones, Alex Buttner

MID : Paul Scholes, Ryan Giggs, Michael Carrick, Shinji Kagawa, Tom Cleverley, Anderson, Ashley Young, Antonio Valencia, Nick Powell, Darren Fletcher, Bebe

FWD : Wayne Rooney, Robin van Persie, Danny Welbeck, Javier Hernandez, Dimitar Berbatov, Federico Macheda

Jadi, formasi yang mcm mana adalah terbaik bagi United?Dengan Kagawa yang berkesan bermain di posisi belakang penyerang, RvP yang lebih sesuai bertindak sebagai penyerang tunggal..dimana posisi Rooney?Welbeck?Hernandez?Tengah pulak macam mana?mana nak letak Schloes, Cleverley, Carrick atau Ando?tu belum masuk lagi rumors yg MU nak dapatkan Kaka (loan) atau Dembele…sorang lagi penyerang bakal tiba ialah Angelo Henriquez (Universidad de Chile)…tp belum confirm lagi & kemungkinan akan dipinjamkan balik ke kelab asal. Okey, kita apa formasi yg United boleh terapkan...

4-4-2/4-1-3-2/4-3-2-1

de Gea
Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra
Valencia, Carrick (Schloes), Kagawa (Ando/Cleverley), Young (Nani)
Rooney (Welbeck), RvP (Hernandez)

de Gea
Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra
Carrick (Schloes),
Valencia, Kagawa (Ando/Cleverley), Young (Nani)
Rooney (Welbeck), RvP (Hernandez)

de Gea
Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra
Valencia, Carrick (Schloes/Ando/Cleverley), Young (Nani)
Kagawa, Rooney (Welbeck)
RvP (Hernandez)


atau

4-2-3-1/4-1-3-1-1


de Gea
Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra
Carrick, Schloes (Cleverley),
Valencia, Kagawa (Ando), Young (Nani)
RvP (Rooney)


de Gea
Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra
Carrick (Schloes),
Valencia, Ando (Cleverley), Kagawa (Young)
Rooney (Welbeck)
RvP (Hernandez)

entahla….dah taktau mcm mana possibilities yg boleh letak…skuad agak besaq…kalau player tak kisah kena rotate mmg ok…cuma form la takut tak konsisten...
Glory Glory Man United!

Tuesday, August 14, 2012

New Kick-off

Berakhir sudah Euro 2012, Liga Malaysia & Olimpik London 2012. Kejutan & kecemerlangan, kekalahan serta kejatuhan pasukan2 yang diminati telah pun disaksikan. Sepanyol akhirnya berjaya mengekalkan kejuaraannya dalam saingan Euro 2012 namun terpaksa pulang awal dalam bolasepak di Olimpik. Brazil yang disebut2 bakal memenangi emas akhirnya tumbang kepada Mexico & gara2 kepincangan pemain bek kanan Man United iaitu Rafael da Silva, Brazil sekadar berpuas hati dengan pingat perak. Liga Malaysia menyaksikan Kedah berhempas pulas dalam play-off Liga Super namun skuad Tok Gajah berjaya menghantar pasukan Hijau Kuning ke Liga Perdana musim depan. Kedah akan turun dengan misi sekurang2nya memadam arang dimuka dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti. Diletakkan dalam kumpulan B bersama2 dengan Juara Liga Super, Kelantan & Juara LIga Perdana, ATM serta Terengganu, Kedah tidak meletakkan harapan yang tinggi utk melangkah lebih jauh. Namun dengan perletakkan jawatan Wan Jamak serta kemasukan jurulatih import dari Croatia; Mario Tot diharap Kedah mampu bersaing berbekalkan tambahan dua pemain pinjaman iaitu Sabri (Sabah) & Redwan Nawi (USM).

BPL musim 2012/13 bakal memulakan sepakmula dimana hujung minggu lalu Man City telah menewaskan Chelsea dalam perlawanan Community Shield dengan keputusan 3-2 setelah The Blues beraksi dengan 10 pemain selepas Branislav Ivanovic dibuang padang. Musim ini United tampil dengan beberapa rombakan dalam pasukan dengan kehadiran 2 pemain baru iaitu bintang sensasi Jepun, Shinji Kawaga & pemain muda dari Crewe iaitu Nicky Powell. Beberapa pemain juga telah meninggalkan OT termasuklah Park Ji Sung (QPR), Pobga (Juventus), Owen (release), Amos (Hull-loan), Fabio (QPR-loan) dan pemain muda lain. United dilaporkan bakal memperolehi dana hasil penyenaraian awam sahamnya di NYSE & bakal mengukuhkan aspek kewangan yang memungkinkan United membawa masuk beberapa lagi muka baru.

Buat masa ini, United masih gagal membawa masuk bek kiri iaitu Leighton Baines & minat United terhadap RvP masih juga belum selesai. Dengan masalah dibahagian pertahanan, United nampaknya terpaksa menurunkan Carrick & Valencia keposisi bawah berikutan Smalling yang akan berehat selama 3 bulan, Evans yang menjalani pembedahan, Jones mengalami sakit belakang, Vidic masih belum cergas sepenuhnya serta Rafael yang baru kembali dari skuad Olimpik Brazil. Posisi bek tengah United hanya mempunyai pemain muda iaitu Micheal Keane & Scott Wootton. Dengan BPL memperkenalkan liga bawah-21 & bawah-18, pemain2 muda ini pasti akan sibuk dengan jadual yang lebih padat. Tapi dalam masa yang sama pemain2 ini mempunyai peluang utk bermain yang mengembangkan lagi potensi & kemampuan mereka utk ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai pemain2 United setakat ini ;

Penjaga gol :
- David de Gea, Anders Lindegaard, Sam Johnstone**

Pertahanan :
- Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Rafael da Silva, Jonny Evans, Cris Smalling, Phil Jones, Micheal Keane**, Scott Wootton**

Tengah :
Antonio Valencia, Paul Scholes, Michael Carrick, Shinji Kagawa, Anderson, Tom Cleverley, Luis Nani, Ashley Young, Ryan Giggs, Nick Powell, Bebe (*Darren Fletcher)

Penyerang :
Wayne Rooney, Danny Welbeck, Javier `Chicharito` Hernandez, Dimitar Berbatov, Federico Macheda

Untuk perlawanan pembukaan dengan Everton nanti, kemungkinan United akan menurunkan barisan ini ;

De Gea
Valencia, Ferdinand, Vidic,Evra
Carrick, Scholes
Nani, Kagawa, Young
Rooney