Tuesday, August 14, 2012

New Kick-off

Berakhir sudah Euro 2012, Liga Malaysia & Olimpik London 2012. Kejutan & kecemerlangan, kekalahan serta kejatuhan pasukan2 yang diminati telah pun disaksikan. Sepanyol akhirnya berjaya mengekalkan kejuaraannya dalam saingan Euro 2012 namun terpaksa pulang awal dalam bolasepak di Olimpik. Brazil yang disebut2 bakal memenangi emas akhirnya tumbang kepada Mexico & gara2 kepincangan pemain bek kanan Man United iaitu Rafael da Silva, Brazil sekadar berpuas hati dengan pingat perak. Liga Malaysia menyaksikan Kedah berhempas pulas dalam play-off Liga Super namun skuad Tok Gajah berjaya menghantar pasukan Hijau Kuning ke Liga Perdana musim depan. Kedah akan turun dengan misi sekurang2nya memadam arang dimuka dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti. Diletakkan dalam kumpulan B bersama2 dengan Juara Liga Super, Kelantan & Juara LIga Perdana, ATM serta Terengganu, Kedah tidak meletakkan harapan yang tinggi utk melangkah lebih jauh. Namun dengan perletakkan jawatan Wan Jamak serta kemasukan jurulatih import dari Croatia; Mario Tot diharap Kedah mampu bersaing berbekalkan tambahan dua pemain pinjaman iaitu Sabri (Sabah) & Redwan Nawi (USM).

BPL musim 2012/13 bakal memulakan sepakmula dimana hujung minggu lalu Man City telah menewaskan Chelsea dalam perlawanan Community Shield dengan keputusan 3-2 setelah The Blues beraksi dengan 10 pemain selepas Branislav Ivanovic dibuang padang. Musim ini United tampil dengan beberapa rombakan dalam pasukan dengan kehadiran 2 pemain baru iaitu bintang sensasi Jepun, Shinji Kawaga & pemain muda dari Crewe iaitu Nicky Powell. Beberapa pemain juga telah meninggalkan OT termasuklah Park Ji Sung (QPR), Pobga (Juventus), Owen (release), Amos (Hull-loan), Fabio (QPR-loan) dan pemain muda lain. United dilaporkan bakal memperolehi dana hasil penyenaraian awam sahamnya di NYSE & bakal mengukuhkan aspek kewangan yang memungkinkan United membawa masuk beberapa lagi muka baru.

Buat masa ini, United masih gagal membawa masuk bek kiri iaitu Leighton Baines & minat United terhadap RvP masih juga belum selesai. Dengan masalah dibahagian pertahanan, United nampaknya terpaksa menurunkan Carrick & Valencia keposisi bawah berikutan Smalling yang akan berehat selama 3 bulan, Evans yang menjalani pembedahan, Jones mengalami sakit belakang, Vidic masih belum cergas sepenuhnya serta Rafael yang baru kembali dari skuad Olimpik Brazil. Posisi bek tengah United hanya mempunyai pemain muda iaitu Micheal Keane & Scott Wootton. Dengan BPL memperkenalkan liga bawah-21 & bawah-18, pemain2 muda ini pasti akan sibuk dengan jadual yang lebih padat. Tapi dalam masa yang sama pemain2 ini mempunyai peluang utk bermain yang mengembangkan lagi potensi & kemampuan mereka utk ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai pemain2 United setakat ini ;

Penjaga gol :
- David de Gea, Anders Lindegaard, Sam Johnstone**

Pertahanan :
- Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Rafael da Silva, Jonny Evans, Cris Smalling, Phil Jones, Micheal Keane**, Scott Wootton**

Tengah :
Antonio Valencia, Paul Scholes, Michael Carrick, Shinji Kagawa, Anderson, Tom Cleverley, Luis Nani, Ashley Young, Ryan Giggs, Nick Powell, Bebe (*Darren Fletcher)

Penyerang :
Wayne Rooney, Danny Welbeck, Javier `Chicharito` Hernandez, Dimitar Berbatov, Federico Macheda

Untuk perlawanan pembukaan dengan Everton nanti, kemungkinan United akan menurunkan barisan ini ;

De Gea
Valencia, Ferdinand, Vidic,Evra
Carrick, Scholes
Nani, Kagawa, Young
Rooney


No comments:

Post a Comment