Tuesday, June 26, 2012

Euro 2012 : Separuh Akhir

Sepanyol vs Portugal

Separuh akhir pertama merupakan pertembungan perlawanan Iberian, Spanish vs Portugist. Sepanyol seperti dijangkakan menyingkirkan Perancis melalui 2 gol Xabi Alonso. Perancis gagal memberi saingan terbaiknya utk menafikan kemaraan juara bertahan Sepanyol. Manakala Portugis pula menamatkan cabaran Czech dengan kemenangan tipis 1-0. Portugal mencipta banyak peluang namun gagal menembusi kekebalan Petr Cech. Pertembungan Sepanyol-Portugal ini juga ibarat El-Classico dimana corak Sepanyol lebih mirip kepada corak permainan `tiki-taka` yang diamalkan oleh Barcelona iaitu gemar menguasai sebahagian besar kawalan bola sepanjang permainan. Portugal yang mengamalkan corak permainan `counter attack` yang pantas dilihat mengadaptasi corak permainan Real Madrid. Sepanyol menyenaraikan Fabregas, Xavi, Iniesta, Busquet & Pique (pemain utama) dari Barca manakala Portugal membariskan Ronaldo, Pepe & Coentrao dari RM. W/pun Casillas, Alonso, Ramos & Arbeloa dari RM juga, namun corak permainan lebih dikuasai dengan gaya yang dicorak oleh Xavi & Iniesta ditengah padang. Andai Portugal mampu menghalang jaringan oleh Sepanyol & berpeluang menfaatkan permainan serangan balas yang pantas, tidak mustahil juara bertahan boleh tersungkur. Peluang adalah 50-50 namun padah menanti pada mana2 pasukan yg gagal menggunakan peluang dengan sebaiknya.

Jangkaan : Portugal menang 2-1.

Italy vs Germany

Italy ternyata mampu membuat kejutan ketika melangkah ke separuh akhir dgn menewaskan England melalui sepakan penalti 4-2. England sepertimana kebiasaannya sekadar disuku akhir bagi kejohanan utama. Tamat separuh masa berakhir dengan tanpa jaringan. Setiap pasukan ini sebenarnya tidak membariskan penyerang yang dalam prestasi terbaiknya. Italy hadir tanpa Fabio Quagliarella, Giampaolo Pazzini, Guiseppe Rossi, Alberto Gilardino & Alesandro Matri yang merupakan penjaring gol utama skuad Azzuri. England pula gagal menggunakan khidmat Rooney dalam 2 perlawanan peringkat kumpulan sekaligus gagal memberi `match fitness & sharpness` yang sepatutnya. Meletakkan Walcott dibangku simpanan juga gagal membantu dgn Milner bukan pemain yang terbaik mampu mengisi bahagian sayap England. Adalah lebih baik sekiranya Welbeck diletakkan dibahagian sayap & menurunkan Carroll didepan sebagai target man. Kegagalan 2 Ashley menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menghantar England pulang dengan pencapaian yang sebagaimana dijangkakan.

Germany yang merupakan pilihan tidak menghadapi masalah menjinakkan Greece dengan jaringan 4-2 & masing2 bermain secara terbuka. Germany merupakan pilihan utk melangkah ke final Euro 2012 kali ini.

Jangkaan : Germany menang 3-2

No comments:

Post a Comment