Wednesday, June 20, 2012

Euro 2012 : Peringkat Kalah Mati

Saingan Euro telah memasuki peringkat suku akhir atau kalah mati. Kumpulan A menyaksikan Greece menyingkirkan pasukan pilihan Russia utk mengiringi juara kumpulan iaitu Rep. Czech. Bakal menanti pasukan Czech ini ialah Portugal yang membenam sisa2 cabaran pasukan Oranje utk pulang tanpa sebarang mata. Germany yang muncul juara kumpulan dengan mata maksimum akan menanti Greece yg terkenal sebagai giant killer. Walaupun berada dlm kumpulan maut, jelas Germany merupakan pasukan yg cukup mantap kerana berjaya menewaskan Denmark 2-1, Holland 2-1 & Portugal 1-0. Sepanyol seperti diduga muncul juara kumpulan C diiringi Italy. England pula berjaya mengelak daripada bertemu juara bertahan Sepanyol setelah menewaskan Ukraine 1-0 hasil jaringan Rooney & hasil kontroversi jaringan pasukan Ukraine yg gagal dikesan oleh pengadil kelima. Biarpun tewas, Perancis menempah slot kedua utk mengiringan England dlm perlawanan suku akhir nanti. England-Itali & Sepanyol-Perancis.

Ketika ini penyerang Germany, Mario Gomez sedang mendahului senarai penjaring gol utama bersama2 dengan Dzagoev (Russia) & Mandzukic (Croatia) dengan 3 gol. Manakala top assist ialah David Silva (Sepanyol), Arshavin (Russia) & Gerard (England). Berakhir peringkat kumpulan, Sepanyol telah menjaringkan 6 gol diikuti 5 gol oleh pasukan Sweden, Russia, England, Germany & Portugal manakala 4 gol pula oleh Denmark, Italy, Rep. Czech & Croatia.

Ronaldo telah mencipta sebanyak 13 percubaan tepat namun hanya 2 shj berjaya dijaringkan diikuti oleh Benzema (12) & Iniesta (10). Sebanyak 3 kad merah telah dilayangkan iaitu kepada Szczesny (Poland), Sokratis Papastathopoulos (Greece) & Keith Andrew (Rep. Ireland). Croatia & Rep Czech telah melakukan 61 kekasaran keatas lawan manakala Germany setakat ini merupakan pasukan Fair Play dengan 27 kekasaran.

Perlawanan suku akhir Euro 2012 :

Rep. Czech vs Portugal
*jangkaan Portugal menang 3-1(alasan : ketiadaan Rosicky)

Germany vs Greece
*jangkaan Germany menang 2-0 (alasan : ketiadaan Karagunis lebih menyukarkan Greece)

Spain vs France
*jangkaan Spain menang 2-1 (alasan : penyerang France masih tumpul manakala Mexes digantung)

England vs Italy
*jangkaan England menang 2-1 (alasan : Chiellini tidak boleh diturunkan lagi bagi Euro setelah mengalami kecederaan ; jika England menurunkan kesebelah terbaiknya - Walcott & Young, Rooney & Carroll.)


No comments:

Post a Comment