Wednesday, June 6, 2012

United setuju yuran perpindahan Kagawa


Laman rasmi manunited.com telah mengesahkan bahawa persetujuan mengenai yuran perpindahan telah dicapai. Dianggarkan kos bernilai diantara £12m-£17m. Kini proses pemeriksaan perubatan & isu permit kerja sedang dilakukan. Cuma dikatakan isu permit kerja bakal merumitkan sedikit keadaan dimana Shinji Kagawa tidak memenuhi 75% beraksi utk pasukan kebangsaan Jepun. Namun rayuan boleh dikemukan dengan alasan bakat istimewa yang dimiliki sepertimana kes yang sama keatas Ryo Miyaichi, Arsenal sebelum ini.


Kehadiran Kagawa dikatakan atas dasar komersil bagi sesetangah pihak dimana United dikatakan mahu meningkatkan nilai pasaran Asianya terutamanya dengan jualan jersi. Namun perkara ini dinafikan oleh jurucakap bahagian pemasaran. Katanya United tidak menandatangani pemain utk jualan jersi. Ianya tentang 25 pemain yang hebat & semuanya adalah George Clooneys katanya.


Apapun pendapat, yang pastinya United sememangnya memerlukan seorang pemain tengah yang berbakat besar & berkelayakan. Kagawa memenuhi kriteria yang United perlukan. Hadir sebagai juara Bundesliga & DFB Pokal German Cup merupakan reputasi yang tidak boleh dinafikan. Beliau memainkan peranan penting bagi memastikan Borussia Dortmund mempertahankan kejuaraan. Kagawa yang merupakan pemain yang mampu bermain dibeberapa posisi merupakan satu kelebihan buat dirinya & pasukan.


Sasaraan United seterusnya dikatakan terarah kepada Leighton Baines & Luka Modric. Selain itu United terus dikaitkan dengan beberapa lagi nama iaitu Kwadwo Asamoah (Udinese), Hector Herrera (Pachuca), Cheick Tiote (Newcastle), Moussa Dembele (Fulham), Jordi Alba (Valencia), Nick Powell (Crewe) & Claudio Marchisio (Juventus). 


Dikhabarkan juga Nani masih lagi belum menyambung kontrak barunya & ada ura2 menyatakan bahawa kemungkinan Nani akan meninggalkan United. Prestasi Nani juga dilihat tidak begitu memberangsangkan dan kini semakin kehilangan tempat kepada Young & Valencia. Nani dikaitkan dengan Juventus bersama2 dgn Paul Pogba manakala Bebe bersedia dipinjamkan sekali lagi musim ini.

No comments:

Post a Comment