Netherlands
Belanda/Holland/Dutch/Netherlands yang juga dikenali sebagai Oranje telah mengakhiri Euro 2012 dengan prestasi yang sangat buruk. Datang dengan rekod yang begitu cemerlang tanpa sebarang kekalahan pada peringkat kelayakan & pasukan pertama layak ke peringkat akhir. Namun ianya bukanlah semudah itu ketika kempen mereka di Poland-Ukraine ini. Diundi dalam kumpulan B bersama2 dengan Denmark, Portugal & Germany, seharusnya mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan setiap lawannya. Mungkin akibat terlalu ramai yang berstatus bintang, maka permainan pasukan Oranje ini lebih menjurus kepada aksi individu. Penguasaan bola agak tinggi namun gagal diterjemahkan kepada jaringan. Membawa penjaring gol terbanyak EPL serta Bundesliga, mereka masih gagal mencipta jaringan sehebat itu. Hakikatnya yang perlu diketahui ialah pemain2 Holland ini dibarisi pemain yang gagal memenangi kejuaraan utama liga masing2 kecuali Nigel de Jong (itupun bukan pemain 1st 11).
p/s : ego besar…
Russia
Kehadiran Russia dlm Euro 2012 nampak akan memberi kelebihan kepada pasukan bekas Soviet ini. Dengan rekod tanpa tewas yang agak lama dipertahankan serta dibawah bimbingan Dick Advocaat, Russia sememangnya pilihan utk muncul juara kumpulan A. Membenam Czech 3-1 pada perlawanan sulong belum cukup serta tidak membantu buat Russia bagi menghadirkan rasa gerun kepada pasukan Greece yang dibarisi pemain2 berpengalaman. Akhirnya slot suku akhirnya dinafikan melalui peraturan Uefa iaitu head-to-head apabila mereka tumbang 1-0 ditangan Greece pada perlawanan terakhir walaupun Russia memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik setelah berkongsi kutipan mata. Seri 1-1 dengan Poland menjadi titik mula detik malang buat Russia pada edisi kali ini.
p/s : kagum dengan aksi Alan Dzagoev..
Croatia
Skuad bimbingan Slaven Bilic agak tidak bernasib baik. Mereka bermula baik apabila membenam Rep. Ireland 3-1. Namun sekadar seri 1-1 dengan Italy sebelum tewas tipis 0-1 kepada Spain disaat2 akhir.
p/s : Mandzukic mesti dah diintai pasukan EPL..
No comments:
Post a Comment