Thursday, September 22, 2011

Benfica, Nani & Owen : United progress

Ishh…malaih la nak update bila lama sangat tinggai…dok usha ja blog, forum, website & sebagainya..kadang2 ja dok menyapuk sikit2 komen kawan2...

Seri dgn Benfica (UCL) aku rasa satu keputusan yang agak baik memandangkan line-up pun bukan yang tengah on-form…nampak sgt player2 United yg diturunkan agak `rusty`…passing bola pun tak berapa nak tepat…1-1 aku rasa fair enough dgn corak & kualiti yang dipamerkan & Benfica juga merupakan lawan yang terkuat dalam kumpulan C kalau dilihat diatas kertas. Cuma jika 2nd leg nanti di OT aku rasa line-up ni tak boleh guna lagi kot unless player2 ni dah kembali ke form yang tebaik masing2.

Selepas direhatkan ketika bertandang ke Lisbao, Ando terutamanya agak longlai aksinya ketika turun bertemu Chelsea. Hantarannya banyak sangkut dikaki lawan..Valencia turun utk aksi sulung BPL setelah berehat lama….masing2 pada aku bermain pada tahap sederhana. Mujur juga Chelsea banyak mensia-siakan peluang2 terbuka bg bangkit memberi sangain ketika United menuju ke bilik persalinan dengan mendahului 3-0. Rooney turut mengingatkan Terry tentang episod penalti di Moscow 2008 ketika mensia-sia peluang penalti. Torres pula mengukir kenangan yang pasti sukar di lupakan dihadapan Stretford End. Namun 3 mata penting telah berjaya diraih walau apa jua situasi perlawanan. Welbeck kembali ke pasukan tatkala Hernandez pula ke bilik rawatan. Yang pastinya Berbatov akan lebih kerap memanaskan bangku simpanan. Apa tidaknya, aksi Carling Cup bakal menjadi ukuran apabila Owen yang turun buat pertama kalinya musim ini terus meledak 2 gol manakala Berbatov terus hilang tempatnya dihadapan bahkan dimasa2 akhir permainan, Berbatov bertindak sebagai CB apabila pemain muda Ezekiel Fryers mengalami kecederaan ketika United sudahpun menurunkan 3 pemain simpanannya. Pemain reserve iaitu Fryers, Larnell Cole & Pogba membuat debut bagi skuad utama musim ini. Jelas mereka begitu konfiden & tenang dalam aksi mereka. Paling mencuri tumpuan ialah Fryers yg mengisi slot CB bersama2 Carrick, Fabio & Valencia di bahagian pertahanan. Kemas & tenang permainan yang ditunjukkan oleh pemain2 muda ini. Pogba juga memperlihatkan kemampuannya utk membuat hantaran2 jauh yg tepat selain rajin meminta bola dari rakan2. Jelas Leeds bukan sangain United yang menurunkan 2nd string yg terdiri daripada otai2 serta budak belasan tahun…Giggs selaku pemain paling tua dipadang dengan usia 38 tahun turut mencatatkan gol ketiga United dgn aksi solonya..keluar ketika separuh masa kedua bermula & digantikan dgn Pogba yang baru usianya 18 tahun..

Hujung minggu ini Unted bakal berkunjung ke Brittania Stadium bagi bertemu pasukan yg bermain di Liga Europa iaitu Stokes City.

No comments:

Post a Comment