Awal pagi esok, United akan turun ke gelanggang lawan di National Arena, Bucharest. United pernah bertandang ke stadium in pada tahun 2004 tetapi menentang Dinamo Bucharest dlm UCL. United perlu mencari 3 mata penuh selepas hanya sekadar seri dlm dua perlawanan terdahulu. Kekuatan lawan tidak dapat dijangkan berdasarkan tiada rekod pertemuan sebelum ini. Diatas kertas, United sepatutnya mampu menjinakkan lawan dari Romania ini.
Dijangkakan barisan yg akan diturunkan nanti telah mengambil kira perlawanan yang bakal berlangsung hujung minggu ini dgn City. Pada pandangan aku, United berkemungkinan menurunkan kesebelasan berikut ;
Lindegaard
Fabio, Vidic, Smalling, Evans
Valencia, Carrick, Anderson, Nani
Berbatov, Rooney
sub : Amos, Jones, Evra, Young, Fletcher, Park Ji Sung, Chicharito, Owen
SAF telah menyatakan bahawa Rooney akan diturunkan namun penyerang yg akan menjadi `partner`nya sukar diramal. Secara peribadinya aku merasakan kemungkinan Berbatov atau Owen menjadi pilihan & Chicharito mungkin akan masuk sebagai super-sub. Welbeck, Diouf berkemungkinan akan diberi peluang utk pertemuan dgn Aldershot minggu hadapan dlm saingan Piala Liga (Carling). Berbatov mencatatkan rekod 3 tahun tanpa jaringan dipentas Eropah. Berba perlu bekerja keras utk terus kekal di OT musim ini.
No comments:
Post a Comment