Monday, October 31, 2011

BPL : Everton 0 - 1 Man United

Hernandez meraikan gol bersama2 pemain United yang lain.

Gol!Hernandez ketika menjaringkan gol pertama & kemenangan United.

Bertandang ke Goodison Park bukanlah perkara mudah lebih2 lagi untuk bangkit dari kekalahan besar ditempat sendiri minggu lalu. United menyenaraikan semula Vidic setelah kembali cergas & mengetepikan Ferdinand dibangku simpanan. Evans kembali disenaraikan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan ketika dilayangkan kad merah ketika aksi liga bertemu City tempoh hari. Jones pula bermula diposisi bek kanan & Evra selaku bek kiri.
Barisan United dilihat agak ampuh bertahan tatkala menerima asakan demi asakan daripada pasukan the Toffees selaku tuan rumah.

Membarisan 3 pemain penyerang, United dilihat menggunakan formasi 4-5-1 dimana Rooney & Welbeck bertindak dibelakang `top striker` `Chicharito` Hernandez. Cleverley yang dikeluarkan awal ketika aksi Carling Cup disenarai bersama2 dengan Fletcher & Park Ji Sung ditengah. Pada awal permainan, Hernandez menggunakan kelebihan dengan membuat larian memecah benteng pertahanan lawan selepas menerima bola thru pass dari tengah namun seringkali diperangkap offside. Namun ssbelum permainan berusia 30 minit, Hernandez berjaya menjaringkan gol selepas Cleverley membuat gerakan kepada Welbeck yang menghantar bola kepada Evra. Evra melakukan hantaran lintang yang cantik & mudah bagi Hernandez menampan masuk utk gol United.

Selepas itu, United dilihat semakin sukar menembusi pertahanan & barisan tengah Everton. Rooney bermain begitu kebawah & membuatkan Welbeck serta Hernandez tidak berfungsi. Selepas Cleverley dikeluarkan akibat kecederaan, United membawa masuk Nani & kemudian Berbatov diikuti Valencia bagi menggantikan Hernandez & Welbeck. Namun ianya tidak memberi impak kepada permainan & Everton terus mengasak bagi mencari gol penyamaan namun gagal sehingga tamat permainan.

Secara keseluruhannya, barisan benteng pertahanan menampakkan sedikit perkembangan positif dengan tidak melakukan kesilapan. Namun ada juga satu dua `foul` yang dilakukan dihadapan kotak penalti yang mampu mengundang jaringan pihak lawan. Tengah berfungsi dengan baik sehinggalah Cleverley dikeluarkan. Mengikut pemerhatian aku, ketiadaan Cleverley telah menyumbang kepada kegagalan United untuk bergerak dengan berkesan dibahagian tengah. United mula menampakkan kegoyahannya bila kehilangan Cleverley pada pertemuan dengan Bolton dahulu. Kemudian United dilihat agak `struggle` dibahagian dengan dengan gagal bergerak secara efektif utk membantu serangan bagi mencipta jaringan. Fletcher dilihat semakin menemui kembali `form`nya yang hilang selepas lama diketepikan akibat jangkitan virus & kehilangan berat badan yang mendadak. Barisan sayap juga semakin mengundang kerisauan apabila Young mengalami kecederaan & Nani serta Valencia tidak berkesan permainan mereka kebelakangan ini.

Perlawanan menentang Galati tengah minggu ini di OT mungkin digunakan untuk memberi peluang kepada Valencia & Nani memperbaiki permainan disamping merehatkan beberapa pemain utama. Ferdinand mungkin kembali digandingkan & memberi peluang kepada Da Silva brothers beraksi. Rafael dikatakan telah seminggu turun berlatih & mungkin akan diberi peluang.


No comments:

Post a Comment