Dimalukan dilaman sendiri.
Pertemuan Mancunian Derby United-City melakar satu lagi cerita sensasi bilamana the Red Devils dikejutkan dengan kekalahan terbesar sejak 1926. United dibelasah `the noisy neighbour` dengan jaringan besar 6-1.
United membariskan De Gea, Smalling, Ferdinand, Evans, Evra, Nani, Fletcher, Anderson, Young, Welbeck & Rooney sebagai barisan utama. United bermula dengan baik apabila mengusai bola dengan melancarkan asakan berterusan kekawasan City. Namun disiplin & kekentalan barisan pertahanan City terus memberi kesukaran buat United mencari gol pembukaan malah hasil `counter attack`, United ketinggalan 1 gol melalui gerakan Silva yg dihantar kepada Milner sebelum disudahkan oleh Balotelli. Pertahanan telah memperlihatkan aksi goyah apabila gagal utk mengawal pemain2 serangan City.
Bermula separuh masa kedua, United dihukum pula oleh layangan kad merah terhadap Jonny Evans setelah menarik Balotelli. Evans yang berada dihadapan Balotelli sepatutnya mampu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya namun lambat bertindak & membiarkan Balotelli memintasanya sebelum dia bertindak menarik jatuh penyerang Itali itu. Ketiadaan pertahanan tengah menyebabkan United semakin goyah ketika bertahan dimana Rio Ferdinand jelas `hilang` dalam permainan & Evra seringkali `off position`. Ferdinand juga seolah2 menjadi `liability` buat Smalling ketika diasak dari arah kanan United.
Bahagian tengah yang positifnya hanyalah Fletcher yang nampak kembali berfungsi namun atas kekurangan sokongan oleh Anderson, Nani & Young, barisan serangan terus ketandusan gerakan merbahaya dimana Rooney terpaksa turun kebawah bagi mendapatkan bola. Welbeck yang berada diatas terus buntu untuk menerima umpanan.
City terus menghukum kelalaian bentengan pertahanan United dengan mendahului 3-0 sebelum Fletcher cuba merapatkan jurang jaringan kepada 3-1. Setelah memasukkan pemain gantian iaitu Jones & Chicharito, United cuba bermain secara menyerang namun meninggalkan ruang yg sangat besar diposisi pertahanan & ianya dimanfaatkan oleh City dengan 3 lagi gol sebelum permainan tamat.
Secara ringkasnya, United sendiri gagal bermain dengan baik terutamanya setelah Evans dibuang padang. Pertahanan begitu longgar sekali dengan `marking` yg tidak cukup dikenakan kepada pemain lawan. Sebenarnya, aksi United dilihat semakin goyah ketika United mencatakan kemenangan 2-0 keatas Norwich lagi. Barisan pertahanan memberi terlalu banyak ruang kepada lawan melakukan percubaan. Kemudian keputusan perlawanan dilihat semakin merosot daripada mencatatkan kemenangan besar, jurang itu semakin kecil, kemudian seri berturut2…& akhirnya ketika bertemuan dengan pasukan yang mempunyai serangan yang mantap, kelemahan ini terus dihukum….bukan hanya satu atau dua gol, malah dengan 6 gol! United perlu membuat rombakan dimana pertukaran yang kerap dalam posisi sebenarnya merencatkan persefahaman & keserasian antara pemain. Kalau musim lalu, hanya bahagian midfield yg bersilih ganti gandingannya, namun ketika ini, hampir semua posisi belum mempunyai gandingan tetap. Atas faktor itu, pada pandangan aku ianya sedikit sebanyak menyumbang kepada kegagalan United untuk bermain dengan baik. Mungkin gandingan pertahanan tengah perlu diberi peluang kepada Smalling & Jones kerana masih berada dalam form yang terbaik berbanding Ferdinand & Vidic. Evans sebelum ini agak selamat kerana tidak melakukan kesilapan besar namun game yg lalu akan memberi pengajaran buatnya. Masalah full-back sebenarnya sukar utk diselesaikan. Evra ketika berada dlm form terbaiknya, dia bermain begitu cemerlang namun akhir2 ini seringkali `off position` & ianya menjejaskan barisan pertahanan. Bek kanan paling kritikal dimana ketiadaan pemain yang benar2 `reliable`. Rafael & Fabio begitu `fragile`, Smalling ditagih dibahagian tengah, Valencia, Fletcher & Carrick tidak mampu bermain dengan baik diposisi ini & ianya juga satu kerugian buat bahagian tengah…United perlu melakukan sesuatu penambahbaikan pada posisi tersebut. Tengah juga tidak konsisten aksinya sekaligus mengheret bahagian serangan apabila gagal mencipta gol. Kita berharap United hanya kehilangan form buat sementara namun classnya masih berbiasa bila tiba waktunya.
Pertemuan Carling Cup dengan Aldershot esok diharap menjadi medan untuk United kembali bangkit daripada aksi lesu sebelum ini. Namun hakikatnya, perlawanan liga baru melibatkan 9 perlawanan & United hanya gagal mengutip mata penuh dalam 3 perlawanan iaitu 2 seri & satu tewas. Masih ada ruang yang luas utk memperbaiki permainan. Glory Glory Man United!
No comments:
Post a Comment