Tuesday, September 11, 2012

International Break

Hujung minggu yang sedikit membosankan tanpa perlawanan bolasepak melibatkan liga BPL atau kempen Piala Malaysia. Memberi laluan buat perlawanan antrabangsa melibatkan kempen kelayakan Piala Dunia 2014 & perlawanan2 persahabatan. Malaysia hanya akan turun menentang Vietnam malam nanti. Kedah akan menentang ATM dlm perlawanan terakhir kumpulan yang bakal memuktamadkan peluang utk layak ke pusingan seterusnya. Diatas kertas, Kedah masih mampu layak namun secara realistiknya misi Kedah dilihat telah berkubur setelah hanya mengikat Kelantan 0-0 pd perlawanan di Darulaman tempoh hari manakala Kelantan hanya memerlukan seri dgn Terengganu ditempat sendiri utk layak.




Sementara United pula mengharapkan tempoh ini akan memberi peluang kepada pemain2 utk kembali cergas & baik dari kecederaan. Rooney dilaporkan akan berehat utk tempoh 2 bulan & kecederaanya nyaris menggugat karier bolasepaknya dimana luka yang dialaminya hanya 1mm dari salur darah utama dikakinya. Sementara Jones pula menerima kecederaan baru yang bakal menyisihkannya utk tempoh lagi 2 bulan bagi melakukan pembedahan lutut. Jonny Evans yang kembali disenaraikan dibangku simpanan ketika menang keatas Soton dikhabarkan menerima kecederaan ketika bermain utk Northern Ireland. United secara rasminya telah mengikat penyerang muda berusia 18 tahun dari Chile iaitu Angelo Henriquez. Dikahabarkan juga United telah bersetuju dgn tawaran Zenit St Petersburg namun Nani meminta gaji yang tidak masuk akal iaitu sekitar £200,000 seminggu jauh dari gajinya di OT. United secara jelas memberi gambaran bahawa Nani tidak lagi menjadi keutaman United lebih2 lagi dgn kehadiran pemain2 baru serta lama yang mampu mengisi kekosongan yang akan ditinggalkannya. Dgn prestasi yang tidak menentu, Nani cuba meminta gaji  sekitar £120,000 yang menyamai Rooney & Ferdinand. Namun jika Nani enggan menyambung kontrak baru atau gagal dijual, Nani bakal meninggalkan United secara percuma hujung musim ini. Sementara itu, Carrick, Cleverley serta Welbeck telah dipanggil bermain utk England bagi kempen kelayakan dgn kemenangan 5-0 keatas Moldova.

No comments:

Post a Comment