Secara dasarnya, prestasi United masih belum mencapai tahap yang sepatutnya namun masih mampu mengutip 3 mata penuh. Jika diambil kira prestasi ketika menentang Galatasaray & Liverpool, United ternyata masih tercari2 rentak yang cemerlang sehinggalah dgn kemasukan Paul Scholes memberi sedikit kesan kepada serangan United. Walaupun Kagawa bermain dengan baik, namun rangkaian serangan belum cukup berbisa utk merobek kubu lawan. Paling digusarkan ialah prestasi Nani yang agak baik ketika beraksi di pentas UCL tetapi kembali lesu ketika bertemu Liverpool. Namun United tidak mempunyai pilihan disayap kiri. Pertemuan dgn Liverpool dilihat terlalu beremosi & United agak tenggelam dlm perlawanan ini biarpun barisan Liverpool tidaklah begitu mengancam namun United gagal menekan aksi baik di Anfield. Namun yang positifnya, kemenangan telah dicatatkan oleh United.
Senarai kecederaan United juga agak merisaukan dimana Vidic disahkan akan berehat sehingga 2 bulan akibat kecederaan lutut manakala Valencia juga dilaporkan meninggalkan kem Carrington lebih awal dgn memakai pelindung kaki akibat kecederaan ketika di Anfield. Dikhuatiri Valencia juga bakal tersisih daripada skuad utama. Senarai penuh pemain2 yang sedang direhatkan ialah Young, Jones, Smalling & terkini, Vidic. Young semakin hampir utk kembali pulih manakala Jones & Smalling masih dlm proses pemulihan. Dengan kehilangan Vidic, tonggak pertahanan pastinya disandarkan sepenuhnya kepada Ferdinand & Evans manakala Wootton & Keane juga dilihat sedia menggalas tugas sebagai pemain simpanan. Kelebihan Buttner utk bermain dlm dua posisi fullback memberi kelebihan kepada United andai Rafael atau Evra terpaksa direhatkan. Kehadiran kembali Fletcher yang mengetuai United dgn 90 minit permainan memberi pilihan yang banyak dibahagian tengah iaitu Carrick, Scholes, Kagawa, Fletcher, Giggs, Cleverley, Ando, Nani, Valencia & Powell. Welbeck juga mampu mengisi slot dibahagian sayap andai prestasi Nani/Valencia tidak menjadi. Rooney juga telah kembali pulih & diturunkan utk memberi kecergasan namun kedudukan Rooney serta Hernandez juga bakal sedikit terjejas dgn prestasi yg ditunjukkan oleh RvP ketika ini. Ternyata sukar buat Bebe & Macheda utk mendapat tempat dlm skuad utama dan ini belum lagi dengan kehadiran penyerang baru berusia 18 tahun, Angelo Henriquez.
Pertemuan dengan Tottenham Hotspur sabtu ini di OT nanti bakal membariskan kembali pemain2 utama yang direhatkan. Andai kata Valencia serta Young tidak dpt diturunkan, barisan kemungkinan United nanti adalah ;
Lindegaard
Rafael, Ferdinand, Evans, Evra
Carrick, Scholes
Valencia(Nani), Kagawa, Rooney
v.Persie
sub : De Gea, Buttner, Wootton, Welbeck, Anderson, Fletcher, Hernandez
United perlu menang andai mahu terus menekan Chelsea yang kini mendahului United dgn kelebihan 1 mata.
Verdict : 3-1 melalui Kagawa, Rooney & van Persie.
Verdict : 3-1 melalui Kagawa, Rooney & van Persie.
No comments:
Post a Comment