Man United 2-3 Tottenham Hotspur
(United : Nani 51`, Kagawa 54`)
(Tottenham Hotspur : Vertonghen 2`, Bale 32`, Dempsey 52`)
United dihukum seawal minit kedua apabila gagal menghalang bek kiri Spurs, Vertonghen sehingga dia berjaya merobek gawang United. Belum sempat United memperbaiki permainan, Spurs memastikan United terus ketinggalan bagi menuju ke bilik persalinan dgn ketinggalan 2 gol apabila Bale membawa bola dari tengah padang meninggalkan Ferdinand utk gol kedua. Semestinya United menikmati `hairdryer treatment` ketika rehat separuh masa tersebut. Rooney kemudiannya dimasukkan menggantikan Giggs & terus memberi impak dalam masa 10 minit dgn hantarannya dari sebelah kanan menemui Nani yang membuat tampanan menewaskan Friedel. Namun benteng terus alpa apabila serangan balas Spurs terus menghukum United dgn gol ketiga melalui Dempsey yang langsung tidak dikawal ketika Lindegaard berjaya menidakkan percubaan Bale. Bola muntah mudah disambar Dempsey dilihat berkeseorangan tatkala pertahanan United tidak berada diposisi sepatutnya. Ketika memulakan kembali permainan, van Persie berjaya menemui Kagawa di hadapan kotak penalti lawan & Kawaga berjaya meloloskan diri & menghantar bola ke penjuru bawah gol utk jaringan kedua United. Selepas itu United terus mengasak & penguasaan dilihat milik United sepenuhnya dgn serangan bertali arus dilancarkan.
Namun Spurs kental bertahan & terselamat dgn dua percubaan United yang mengenai tiang & palang gol serta insiden dalam kotak penalti yang gagal dihadiahkan sepakan penalti oleh Chris Foy. United sepatutnya mempunyai mentaliti seperti itu sejak dari mula permainan lagi namun SAF masih was2 dgn gandingan Rooney-RvP sekaligus mencipta kepincangan taktikal yang memberi padah buat pasukan. Ketika Hodgson & barisan jurulatih skuad England termasuk Neville berada di OT, Ferdinand dilihat tidak mempunyai peluang lagi utk kembali menyarung jersi England. Bagi bersikap adil terhadap barisan pertahanan, barisan tengah juga dilihat tidak mengekori rapat pemain Spurs seperti Dembele, Dempsey serta Bale. Dengan kemampuan lawan membawa bola, barisan tengah United meninggalkan ruang yang luas sehingga pertahanan terpaksa meninggalkan kawasan masing2 bagi menghalang gerakan mereka sekaligus tidak memberi kelebihan buat Lindegaard menghalang gawangnya daipada dibocori sebanyak 3 kali.
Secara keseluruhannya, pertahanan United perlu lebih disiplin & barisan tengah juga perlu membantu ketika bertahan lebih2 lagi dgn pasukan yang memiliki corak permainan yang lebih dinamik seperti Spurs ini. Kelemahan individu juga menyumbang kepada kekalahan. Dua pemain senior iaitu Ferdinand & Giggs dilihat menjadi punca kegagalan tersebut. Kesilapan SAF menurunkan Giggs dibahagian sayap juga perlu diperbetulkan. Diharap utk pertemuan dgn CFR Cluj, United tidak memandang mudah kemampuan lawan yang mencatat kemenangan di Braga serta menyingkirkan Basel diperingkat kelayakan.
Line up United
Line up Spurs
Rating pemain2 United :
Lindegaard (6)
Rafael (5.5), Ferdinand (5), Evans (5.5), Evra (5.5)
Carrick (6), Scholes (6)
Nani (7), Kagawa (6.5), Giggs (4.5)
van Persie (6)
sub : Rooney (7), Welbeck (5.5), Hernandez (5)
No comments:
Post a Comment