Line-up United
Dea Gea
Rafael, Ferdinand, Evans, Evra
Fletcher
Anderson, Rooney, Cleverley
Hernandez, van Persie
United terus mengutip mata penuh & mengungguli carta kumpulan H dengan 6 mata masing2 diikuti oleh Cluj (3), Braga (3) & Galatasaray (0). Sungguhpun mencatat kemenangan, United terlebih dahulu dikejutkan dgn jaringan tuan rumah diminit ke-14 hasil serangan balas yang pantas dari sebelah kiri United. Evra yang gagal menyekat hantaran silang Sougou membolehkan bola dihantar kedalam kotak penalti. Evans yang tersalah jangka hantaran tersebut membolehkan Keptanos yang berada dibelakangnya merembat melepasi jangkauan De Gea.
United boleh dikatakan mengusai bola hampir 70% namun disebabkan oleh ketiadaan pemain sayap, serangan United lebih tertumpu dikawasan tengah sekaligus menyukarkan barisan serangan menembusi kubu lawan disebabkan barisan tengah lawan turut membantu pertahanan. Biarpun barisan tengah menunjukkan kemampuan pengusaan bola yang tinggi, United terpaksa menunggu sehingga minit ke-29 hasil sepakan percuma Rooney yang dicabar oleh Hernandez sebelum jatuh betul2 diatas kepala van Persie utk `melemaskan` penjaga gol lawan dengan tandukan lambung yang melepasi jangkauan.
Kelibat Fletcher begitu baik melindungi barisan pertahanan. Kawalan, larian serta hantaran Cleverley serta Ando juga agak baik & jika United mempunyai pemain sayap, kemungkinan serangan akan lebih berkesan dimana bola dilihat hanya berleagar disekitar hadapan kotak penalti lawan. Kehadiran Hernandez bersama van Persie dilihat kurang menampkkan efektif dimana corak permainan mereka yang sememangnya menjadi `target man`. van Persie dilihat terpaksa keluar ke posisi tepi bagi membuka ruang buat Hernandez.
Gol kedua United hadir pada separuh masa kedua melalui gerakan `set-piece` juga dimana Rooney melambungkan bola kedalam kotak penalti sebelum van Persie menjaringkan gol dengan menyambut hantaran tersebut menggunakan bahagian luar kakinya utk menewaskan penjaga gol Cluj sekali lagi. United memerlukan 4 mata lagi utk memastikan United tidak mengulangi episod musim lalu tersingkir dalam peringkat kumpulan. Keadaan Evans bakal mencemaskan barisan pertahanan United apabila dikeluarkan akibat masalah `dead leg`. Kemungkinan Wootton akan diturunkan utk pertemuan dengan Newcastle nanti. Perlu diingat bahawa barisan serangan Newcastle iaitu Papis Cisse & Demba Ba merupakan penyerang prolifik yang mempunyai kekuatan fizikal yang mempu menggugat pertahanan United yang mana telah dibuktikan oleh Everton. Barisan tengah serta fullback perlu menyekat lawan daripada menghantar bola tinggi ke kawasan petak penalti. Khidmat Lindegaard pasti akan digunakan utk pertemuan ini nanti.
Barisan jangkaan utk saingan BPL menentang NU :
Lindegaard
Rafael, Ferdinand, Wootton, Evra
Carrick, Scholes
Nani, Kagawa, Rooney
van Persie
No comments:
Post a Comment