Monday, October 8, 2012

United pamer aksi terbaik

Puas….reaksi Evra selepas menjaringkan gol ke-2 United.

Lepas…Evans berjaya melompat melepasi kawalan Cisse.

Gol! jaringan gol oleh Evans melepasi jangkaun Harper.

Carrick meraikan jaringan pertama United.

Evra meletakkan United 2-0 didepan.


Man United akhirnya mempamerkan persembahan paling bertenaga setakat ini dengan membenam Newcastle United digelanggang sendiri dgn jaringan 3-0. Keputusan iini juga turut dihidangkan dgn aksi terbaik barisan pertahanan yang sebelum ini dikritik ekoran kesilapan & kerapuhan sejak awal musim. United yang membariskan formasi `diamond` kembali meletakkan David de Gea selaku penjaga gol selain tanpa kelibat pemain sayap dgn Welbeck & Kagawa masing2 berada dikiri & kanan dibahagian tengah. Rooney bertindak sebagai playmaker sambil dibantu oleh Cleverley bagi mengumpan van Persie dihadapan. Carrick bertindak sebagai pelindung bahagian pertahanan dgn sekali sekala melakukan hantaran jauh kedalam kotak penalti lawan.

Mengulas situasi penjaga gol United, perkara ini seolah2 mengulangi situasi ketika United mempunyai Roy Carroll & Tim Howard selaku penjaga gol. de Gea boleh dikatakan mirip corak permainan Howard dimana reaksinya lebih pantas & lebih dramatik aksinya disaat2 genting percubaan lawan. Namun ada ketikanya kerap melakukan `silly msitake` terutamanya ketika mencabar bola tinggi. Malah ada ketikanya terus mengharapkan barisan pertahanan mengeluarkan bola tinggi dari kawasan penalti. Lindegaard & Carroll pula mempunyai gaya yang hampir sama juga malah tidak keterlaluan, Kuszczak juga hampir sama iaitu jarang2 sekali melakukan kesilapan namun pada masa yang sama kita tidak boleh mengharapkan mereka melakukan aksi menyelamat yang hebat. Kebanyakkannya hanya mampu melihat bola menerjah jaring tanpa memberi reaksi utk cubaan menghalang bola.

Akhirnya barisan pertahanan telah bangkit & memberi reaksi yang sgt cemerlang. Dua gol dari pemain pertahanan ketika `set-piece` sepakan sudut amat jarang kita saksikan kebelakangan ini daripada United. Ini juga mungkin memberi satu petanda sepakan sudut selepas ini bukan lagi dari Nani atau Giggs. van Persie & Rooney nmpknya mampu menghantar bola dengan baik & mampu disudahkan dgn berkesan biarpun lawan mempunyai pemain yang tinggi & fizikal yang baik. Tandukan dari Evans & Evra cukup cantik & kencang utk menghadiahkan gol buat United. 10 minit sebelum tamat permainan separuh masa pertama, Newcastle berjaya bangkit mengimbangi permainan United. Namun barisan pertahanan berjaya mengekang aksi lawan. Ben Arfa, Cabaye & Papis Cisse gagal menembusi buku United. Full-back United cukup bertenaga baik ketika menyerang mahupun bertahan & ini jarang2 sekali kita lihat utk musim ini. Bukan mengatakan perlawanan semalam.


Biarpun tanpa Paul Scholes ditengah, kehadiran Rooney sememangnya memberi impak yg cukup berkesan. Bermain agak `dalam` sehingga kadangkala membantu barisan tengah bertahan, aksinya dilihat semakin tajam biarpun tidak mencipta jaringan. Selayaknya diangkat sebagai MOTM. Cleverley juga berjaya mengemudi kawasan tengah dengan baik & satu jaringan cantik telah dihasilkan biarpun ada sebahagiannya mempersoalkan adakah Cleverley berniat demikian utk menjaringkan gol kerana van Persie juga dilihat melakukan susulan ketika sepakan tersebuat dilakaukan. Apapun, yang pentingnya gol telah dihasilkan.

MOTM

Cleverley juga mencatatkan nama sebagai penjaring dgn jaringan yang hebat.

United sepatutnya berada didepan dengan 2 gol daripada Welbeck namun penyudah yang lemah serta gopoh melihat peluang tersebut disia-siakan. Biarpun berkerja keras, namun Welbeck perlu menajamkan lagi aksi penyudahnya. Kagawa nampak sukar mengekang kekuatan fizikal Jonas Gutierez & United kerap diasak dari sebelah kanan. Namun United berjaya bertahan biarpun de Gea dilihat tertekan setiap kali bola tinggi dihantar kedalam petak penalti dari sebelah kanan. Kemasukan Valencia berjaya membantu Rafael bertahan sambil memberi kekuatan ketika menyerang. Aksi terbaik setakat ini oleh United yang berkerja keras sejak dari wisel permulaan.

de Gea (6.5)
Rafael (7), Ferdinand (7), Evans (7.5), Evra (7.5)
Carrick (7)
Kagawa (6), Cleverley (8), Welbeck (6)
Rooney (8)
van Persie (7)

Well done & Glory Glory Man United.

No comments:

Post a Comment