Monday, October 31, 2011

BPL : Everton 0 - 1 Man United

Hernandez meraikan gol bersama2 pemain United yang lain.

Gol!Hernandez ketika menjaringkan gol pertama & kemenangan United.

Bertandang ke Goodison Park bukanlah perkara mudah lebih2 lagi untuk bangkit dari kekalahan besar ditempat sendiri minggu lalu. United menyenaraikan semula Vidic setelah kembali cergas & mengetepikan Ferdinand dibangku simpanan. Evans kembali disenaraikan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan ketika dilayangkan kad merah ketika aksi liga bertemu City tempoh hari. Jones pula bermula diposisi bek kanan & Evra selaku bek kiri.
Barisan United dilihat agak ampuh bertahan tatkala menerima asakan demi asakan daripada pasukan the Toffees selaku tuan rumah.

Membarisan 3 pemain penyerang, United dilihat menggunakan formasi 4-5-1 dimana Rooney & Welbeck bertindak dibelakang `top striker` `Chicharito` Hernandez. Cleverley yang dikeluarkan awal ketika aksi Carling Cup disenarai bersama2 dengan Fletcher & Park Ji Sung ditengah. Pada awal permainan, Hernandez menggunakan kelebihan dengan membuat larian memecah benteng pertahanan lawan selepas menerima bola thru pass dari tengah namun seringkali diperangkap offside. Namun ssbelum permainan berusia 30 minit, Hernandez berjaya menjaringkan gol selepas Cleverley membuat gerakan kepada Welbeck yang menghantar bola kepada Evra. Evra melakukan hantaran lintang yang cantik & mudah bagi Hernandez menampan masuk utk gol United.

Selepas itu, United dilihat semakin sukar menembusi pertahanan & barisan tengah Everton. Rooney bermain begitu kebawah & membuatkan Welbeck serta Hernandez tidak berfungsi. Selepas Cleverley dikeluarkan akibat kecederaan, United membawa masuk Nani & kemudian Berbatov diikuti Valencia bagi menggantikan Hernandez & Welbeck. Namun ianya tidak memberi impak kepada permainan & Everton terus mengasak bagi mencari gol penyamaan namun gagal sehingga tamat permainan.

Secara keseluruhannya, barisan benteng pertahanan menampakkan sedikit perkembangan positif dengan tidak melakukan kesilapan. Namun ada juga satu dua `foul` yang dilakukan dihadapan kotak penalti yang mampu mengundang jaringan pihak lawan. Tengah berfungsi dengan baik sehinggalah Cleverley dikeluarkan. Mengikut pemerhatian aku, ketiadaan Cleverley telah menyumbang kepada kegagalan United untuk bergerak dengan berkesan dibahagian tengah. United mula menampakkan kegoyahannya bila kehilangan Cleverley pada pertemuan dengan Bolton dahulu. Kemudian United dilihat agak `struggle` dibahagian dengan dengan gagal bergerak secara efektif utk membantu serangan bagi mencipta jaringan. Fletcher dilihat semakin menemui kembali `form`nya yang hilang selepas lama diketepikan akibat jangkitan virus & kehilangan berat badan yang mendadak. Barisan sayap juga semakin mengundang kerisauan apabila Young mengalami kecederaan & Nani serta Valencia tidak berkesan permainan mereka kebelakangan ini.

Perlawanan menentang Galati tengah minggu ini di OT mungkin digunakan untuk memberi peluang kepada Valencia & Nani memperbaiki permainan disamping merehatkan beberapa pemain utama. Ferdinand mungkin kembali digandingkan & memberi peluang kepada Da Silva brothers beraksi. Rafael dikatakan telah seminggu turun berlatih & mungkin akan diberi peluang.


Carling Cup : Aldershot Town 0 - 3 Man United

Berbatov menjaringkan gol pertama United.

United merehatkan kesemua pemain yg membarisi skuad ketika tewas 1-6 kepada City kecuali De Gea di bangku simpanan.

United mudah mengingkirkan pasukan tuan rumah melalui jaringan Berbatov, Owen & Valencia. Untuk pusingan seterusnya, United diundi bertemu Crystal Palace di OT.

Pemain yang disenaraikan ialah :

Amos
Fabio, Vidic, Jones, Fryers
Valencia, Cleverley, Park, Diouf
Owen, Berbatov

sub ; De Gea, M.Keane, Pogba, Morrison, Cole, Vermijl, W.Keane

Tuesday, October 25, 2011

BPL : Man United 1 - 6 Man City

Dimalukan dilaman sendiri.


Pertemuan Mancunian Derby United-City melakar satu lagi cerita sensasi bilamana the Red Devils dikejutkan dengan kekalahan terbesar sejak 1926. United dibelasah `the noisy neighbour` dengan jaringan besar 6-1.

United membariskan De Gea, Smalling, Ferdinand, Evans, Evra, Nani, Fletcher, Anderson, Young, Welbeck & Rooney sebagai barisan utama. United bermula dengan baik apabila mengusai bola dengan melancarkan asakan berterusan kekawasan City. Namun disiplin & kekentalan barisan pertahanan City terus memberi kesukaran buat United mencari gol pembukaan malah hasil `counter attack`, United ketinggalan 1 gol melalui gerakan Silva yg dihantar kepada Milner sebelum disudahkan oleh Balotelli. Pertahanan telah memperlihatkan aksi goyah apabila gagal utk mengawal pemain2 serangan City.

Bermula separuh masa kedua, United dihukum pula oleh layangan kad merah terhadap Jonny Evans setelah menarik Balotelli. Evans yang berada dihadapan Balotelli sepatutnya mampu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya namun lambat bertindak & membiarkan Balotelli memintasanya sebelum dia bertindak menarik jatuh penyerang Itali itu. Ketiadaan pertahanan tengah menyebabkan United semakin goyah ketika bertahan dimana Rio Ferdinand jelas `hilang` dalam permainan & Evra seringkali `off position`. Ferdinand juga seolah2 menjadi `liability` buat Smalling ketika diasak dari arah kanan United.

Bahagian tengah yang positifnya hanyalah Fletcher yang nampak kembali berfungsi namun atas kekurangan sokongan oleh Anderson, Nani & Young, barisan serangan terus ketandusan gerakan merbahaya dimana Rooney terpaksa turun kebawah bagi mendapatkan bola. Welbeck yang berada diatas terus buntu untuk menerima umpanan.

City terus menghukum kelalaian bentengan pertahanan United dengan mendahului 3-0 sebelum Fletcher cuba merapatkan jurang jaringan kepada 3-1. Setelah memasukkan pemain gantian iaitu Jones & Chicharito, United cuba bermain secara menyerang namun meninggalkan ruang yg sangat besar diposisi pertahanan & ianya dimanfaatkan oleh City dengan 3 lagi gol sebelum permainan tamat.

Secara ringkasnya, United sendiri gagal bermain dengan baik terutamanya setelah Evans dibuang padang. Pertahanan begitu longgar sekali dengan `marking` yg tidak cukup dikenakan kepada pemain lawan. Sebenarnya, aksi United dilihat semakin goyah ketika United mencatakan kemenangan 2-0 keatas Norwich lagi. Barisan pertahanan memberi terlalu banyak ruang kepada lawan melakukan percubaan. Kemudian keputusan perlawanan dilihat semakin merosot daripada mencatatkan kemenangan besar, jurang itu semakin kecil, kemudian seri berturut2…& akhirnya ketika bertemuan dengan pasukan yang mempunyai serangan yang mantap, kelemahan ini terus dihukum….bukan hanya satu atau dua gol, malah dengan 6 gol! United perlu membuat rombakan dimana pertukaran yang kerap dalam posisi sebenarnya merencatkan persefahaman & keserasian antara pemain. Kalau musim lalu, hanya bahagian midfield yg bersilih ganti gandingannya, namun ketika ini, hampir semua posisi belum mempunyai gandingan tetap. Atas faktor itu, pada pandangan aku ianya sedikit sebanyak menyumbang kepada kegagalan United untuk bermain dengan baik. Mungkin gandingan pertahanan tengah perlu diberi peluang kepada Smalling & Jones kerana masih berada dalam form yang terbaik berbanding Ferdinand & Vidic. Evans sebelum ini agak selamat kerana tidak melakukan kesilapan besar namun game yg lalu akan memberi pengajaran buatnya. Masalah full-back sebenarnya sukar utk diselesaikan. Evra ketika berada dlm form terbaiknya, dia bermain begitu cemerlang namun akhir2 ini seringkali `off position` & ianya menjejaskan barisan pertahanan. Bek kanan paling kritikal dimana ketiadaan pemain yang benar2 `reliable`. Rafael & Fabio begitu `fragile`, Smalling ditagih dibahagian tengah, Valencia, Fletcher & Carrick tidak mampu bermain dengan baik diposisi ini & ianya juga satu kerugian buat bahagian tengah…United perlu melakukan sesuatu penambahbaikan pada posisi tersebut. Tengah juga tidak konsisten aksinya sekaligus mengheret bahagian serangan apabila gagal mencipta gol. Kita berharap United hanya kehilangan form buat sementara namun classnya masih berbiasa bila tiba waktunya.

Pertemuan Carling Cup dengan Aldershot esok diharap menjadi medan untuk United kembali bangkit daripada aksi lesu sebelum ini. Namun hakikatnya, perlawanan liga baru melibatkan 9 perlawanan & United hanya gagal mengutip mata penuh dalam 3 perlawanan iaitu 2 seri & satu tewas. Masih ada ruang yang luas utk memperbaiki permainan. Glory Glory Man United!

Wednesday, October 19, 2011

UCL: Otelul Galati 0 vs 2 Man United

Lindegaard
Fabio (Jones) , Smalling, Vidic , Evra
Valencia (Evans), Carrick, Anderson, Nani
Hernandez, Rooney

Sub : De Gea, Jones, Evans, Fletcher, Owen ,Welbeck, Berbatov

United memungut mata penuh pertama dlm saingan kali ini ketika menewaskan kelab dari Romania, Otelul Galati dengan jaringan 2-0. United membariskan hampir sebagaimana yg aku jangkakan kecuali Evra & Chicharito yg aku jangkakan direhatkan. United menguasai penuh permainan dgn tuan rumah bermain secara defensive dan sesekali menyerang balas. Rangkaian pertahanan dilihat tidak mempunyai msalah besar bagi mengekang asakan lawan. Cuma aksi Fabio yang agak mengecewakan ketika seringkali hilang kawalan & bola ketika menerima hantaran rakan & seperti kebiasaan agak fragile bila mana gagal menamatkan 90 minit permainan disebabkan kecederaan. Bahagian tengah dikawal baik oleh Carrick & Ando serta dibantu oleh Valencia & Nani dibahagian sayap. Namun agak mengecewakan bila hantaran2 kepada bahagian serangan kerap kali tersasar atau tidak dapat dibaca oleh Rooney & Hernandez. Rooney terpaksa turun mendaptkan bola walaupun tengah mengusai ball possession. Agak merisaukan bila United terus buntu untuk memacah pertahanan lawan. Nani & Valencia sukar untuk menghantar bola secara lintang ke dalam kawasan lawan. Permainan dicemari dgn insiden kad merah keatas Vidic w/pun secara ulang tayangnya, sepatutnya hanya kad kuning. Pengadil kerap mengeluarkan kad pada separuh masa kedua & pemain tuan rumah juga turun menerima kad kuning kedua diminit2 akhir perlawanan. Kita berharap segala kekurangan, kepincangan & persefahaman dapat diatasi menjelang pertemuan dengan City nanti.


Rooney menyempurnakan sepakan penalti

Aksi Rooney ketika mengawal bola

Vidic dibuang padang

Tuesday, October 18, 2011

UCL: Otelul Galati vs Man United

Keputusan BPL baru2 ini dengan Liverpool berkemungkinan ada kaitan dengan perlawanan UCL ini dan juga menjelang perlawanan Mancunian derby hujung minggu ini. Ketika bertandang ke Anfield sabtu lepas, United mengejutkan ramai penyokong2nya & mungkin juga bookie2 bola dgn membariskan pemain2 utk corak bertahan. Tiada Rooney, Nani, Chicharito & Anderson dlm kesebelasan utama. Namun, pastinya ada sesuatu perancangan yang lebih utama difikir oleh SAF. 1-1 dilihat mata yang berhak diperolehi dengan penampilan yang kurang memberansangkan dibahagian tengah & serangan. Jelas dengan meletakkan Jones & Fletcher di bahagian mid, United gagal bergerak secara kreatif & efektif. Kedua2nya hilang dlm permainan. United berjaya mengekang Liverpool sehingga minit ke-60+. Kesilapan Giggs dibenteng sekali lagi menjadi punca pintu gol United bocor hasil sepakan percuma oleh Steven G. Musim lepas kesilapan yang serupa dilakukan oleh Fletcher. Kemasukan Rooney, Chicharito & Nani sedikit sebanyak telah menggerakan serangan United & pada baki perlawanan tinggal 10 minit lagi, Chicharito menggegar jaring lawan utk mencuri mata di Anfield.

Awal pagi esok, United akan turun ke gelanggang lawan di National Arena, Bucharest. United pernah bertandang ke stadium in pada tahun 2004 tetapi menentang Dinamo Bucharest dlm UCL. United perlu mencari 3 mata penuh selepas hanya sekadar seri dlm dua perlawanan terdahulu. Kekuatan lawan tidak dapat dijangkan berdasarkan tiada rekod pertemuan sebelum ini. Diatas kertas, United sepatutnya mampu menjinakkan lawan dari Romania ini.

Dijangkakan barisan yg akan diturunkan nanti telah mengambil kira perlawanan yang bakal berlangsung hujung minggu ini dgn City. Pada pandangan aku, United berkemungkinan menurunkan kesebelasan berikut ;

Lindegaard
Fabio, Vidic, Smalling, Evans
Valencia, Carrick, Anderson, Nani
Berbatov, Rooney

sub : Amos, Jones, Evra, Young, Fletcher, Park Ji Sung, Chicharito, Owen

SAF telah menyatakan bahawa Rooney akan diturunkan namun penyerang yg akan menjadi `partner`nya sukar diramal. Secara peribadinya aku merasakan kemungkinan Berbatov atau Owen menjadi pilihan & Chicharito mungkin akan masuk sebagai super-sub. Welbeck, Diouf berkemungkinan akan diberi peluang utk pertemuan dgn Aldershot minggu hadapan dlm saingan Piala Liga (Carling). Berbatov mencatatkan rekod 3 tahun tanpa jaringan dipentas Eropah. Berba perlu bekerja keras utk terus kekal di OT musim ini.