Tuesday, January 10, 2012

Keputusan Liga Perdana Malaysia 2012

Premier League 2012

KL Sime Darby 2 - 1 Harimau Muda B
Pahang 1 - 0 Johor MBJB
ATM 2 - 0 NS Betaria
Johor 1 -1 PDRM
Kelab Bolasepak USM (Penang) 2 -1 KL POS Malaysia
Johor MP Muar 7 - 2 Perlis


Banyak juga kemunculan pasukan2 kelab. Hanya 3 pasukan negeri shj iaitu Pahang, Perlis & Johor dalam PREMIER LEAGUE.

Kedah in action!


Jadual Liga Malaysia & Piala FA (pusingan pertama) melibatkan pasukan HIJAU KUNING, Negeri KEDAH DARULAMAN.

Credit to : HKC.com

Monday, January 9, 2012

FA Cup : United tebus aib



Piala FA


Rooney berjaya menanduk masuk gol pertama United.


Vincent Kompany diperintah keluar padang.


Welbeck meletakkan United 2-0 di depan.



Gol kedua Rooney melalui sepakan penalti yang diselamatkan sebelum beliau menanduk masuk tampanan tersebut.



Paul Scholes dibawa masuk.



Aksi Paul Scholes.



Masuk. Sepakan percuma Kolarov gagal diselamatkan oleh Lindegaard.



Menang!Ferdinand meraikan kemenangan di Stadium Etihad, Manchester.

Manchester United bakal bertemu Liverpool pada pusingan ke-4 Piala FA. United yang bertandang ke Stadium Etihad turun dengan tekanan yang memuncak selepas tewas 2 perlawanan liga terdahulu. United bermula dengan tempo perlahan menerima asakan City diawal permainan sebelum satu serangan balas pertama berjaya disudahkan oleh Wayne Rooney melalui hantaran lintang Valencia.

Kejutan seterusnya muncul apabila Komapany melakukan terjahan 2 kaki terhadap Nani yang mengundang pengadil perlawanan, Chris Foy melayangkan kad merah terhadapnya. Keadaan ini digunakan sepenuhnya oleh United apabila Welbeck melakukan sepakan menarik selepas berlaku sedikit kelam kabut dalam kawasan penalti lawan itu.

Seakan2 mampu mengulangi kekalahan kepada City, United terus menghukum benteng City apabila sepakan penalti diberikan. Rooney berjaya meletakkan bola ke dalam jaring biarpun penjaga gol City berjaya menyelamatkan sepakannya sebelum ditanduk masuk. Permainan di separuh masa pertama cukup bertenaga & meyakinkan. Sepak mula separuh masa kedua, City mengubah taktikal dengan mengeluarkan Silva & Johnson dengan memasukkan Zabaleta & Savic. Ternyata mereka mampu mengubah corak permainan dengan memberi tekanan hebat buat United. Kolarov menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang cantik sebelum Aguero terus merapatkan jurang gol. Permainan United begitu lesu lebih2 lagi selepas mengeluarkan Welbeck. Scoles yang masuk menggantikan Nani pada awalnya lebih sekadar moral boost buat United. Dari segi permainan, United tidak langsung mampu menyerang dengan baik.

Secara keseluruhannya, permainan dibahagian pertahanan agak goyah & kelam kabut selepas kerap kali cuai ketika bertukar2 hantaran. Namun, setidak2nya United berjaya mengembalikan keyakinan selepas dimalukan ditempat sendiri sebelum ini. Kembalinya Scholes bakal membantu United dibahagian tengah nanti.

Line-up :

Lindegaard
Jones, Smalling, Ferdinand, Evra ©
Valencia, Giggs, Carrick, Nani
Rooney, Welbeck

sub : De Gea, Rafael, Evans, Anderson, Scholes, Park, Hernandez

Keputusan penuh :

Man City 2 - 3 Man United
-Rooney 10`& 40`
-Welbeck 30`
-Kolarov 48`
- Aguero 65`

sent off : Kompany

N9 Juara Piala Sumbangsih 2012


Liga Malaysia secara rasminya telah bermula selepas sepak mula Piala Sultan Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih. Format Piala Sumbangsih kali ini juga telah berubah dimana perlawanan ini tidak dikira sebagai perlawanan yang menyumbang mata kepada kedudukan liga. Perlawanan ini menemukan Juara Liga dengan Juara Piala Malaysia iaitu Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Tamat 90` permainan Negeri Sembilan muncul juara melalui dua jaringan awang importnya iaitu Effa Owona manakala Kelantan memperolehi gol melalui jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

Keputusan penuh :
Kelantan 1 - 2 Negeri Sembilan
- Shahrul Idlan 20`
- Effa Owona 31` & 63`

The Legend is back!


Paul Scholes has rejoined the playing staff at Manchester United for the remainder of the season with immediate effect, after approaching Sir Alex Ferguson to reverse his decision, made at the end of last season, to retire. He has gone straight onto the bench for this afternoon’s FA Cup third round tie against Manchester City.

Sir Alex Ferguson said: "It’s fantastic that Paul has made this decision. It’s always sad to see great players end their careers, but especially so when they do it early.

"But he has kept himself in great shape and I always felt that he had another season in him. It’s terrific to have him back."

Paul Scholes added: "I’ve been pretty clear since I stopped playing that I miss it. I’m delighted the manager feels I can still make a contribution to the team and I’m looking forward to playing my part in trying to bring more success to this great club.”

Thursday, January 5, 2012

LIGA SUPER MALAYSIA & LIGA PREMIER MALAYSIA

WELCOMING 2012 WITH BRAND NEW LOGO FOR
LIGA SUPER MALAYSIA AND LIGA PREMIER MALAYSIA

Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) unveiled the new logos for the Super League and Premier League for 2012. Inspired by the “Play” shape which is commonly found in all media playing devices, both logos are specially designed in line with the original purpose of the football itself which is "Play”. The shape "Play" had been stylized and applied into the logo, creating a solid shape to hold the other elements which create differentiation between each logo.

For the Super League logo, the element was formed from the imagery of the Super League trophy itself. Showing the upper parts of the trophy where a ball stand on top of the star shape tower which resembles a meaning that this is the highest football league in the nation. Combination of dark blue and white color represents the meaning of solidarity and prestige to the league.

Meanwhile for the Premier League logo, a ball had been composed into the composition to bring out a meaning of football movement. Premier league is the second highest league football in the nation and it is the starting point for a team to play into the prestigious Super League. The moving ball shape is designed to create a story where the journey to football fame begins here. Black and yellow are chosen as the official color to align with the color of the national team.

Both logos are bounded to a story where for premier league, almost every team in Malaysia can compete on the league but only the best, which can compete on the peak with the other elites in the Super League.
The fonts used are uniquely and specially designed to fit the character which has similarities with the tiger stripes.
The Astro logo is placed into the league logos as an appreciation to Astro as our main sponsor and for their contribution in sponsorship and broadcasting in Malaysian league. A new sponsor logo will take place replacing the Astro logo should there be any new sponsors take place in future. The introduction of the new logo is hoped to usher all Malaysian League teams with new refreshing start of the New Year 2012.

Info about MSL:
Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) was formed to serve as the commercial arm of Malaysian football. The Chairman and a member of the Board of Directors is YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Haji Musa. Also on the Board of Directors is YH Dato' Afandi Bin Hamzah.

Meanwhile, the daily operation of this company is headed by its Chief Executive Officer, Mr. Stuart Ramalingam. MSL's primary function is to raise sponsorship funds to further the interest of football in Malaysia. With a yearly season of over 1,000 scheduled matches, MSL has a solid platform for sponsors and advertisers to create brand awareness among the masses, particularly football lovers in the country.

MSL also acts as a marketing tool for the local football scene. Its aim is to create a great sense of pride and awareness of the sport, from the grassroots right up to the professional level.

Newcastle United mudah benam Man United

United mengalami kekalahan kedua berturut-turut & kali ini United gagal menjaringkan sebarang gol dengan melepaskan jumlah gol yang sama ketika tewas kepada Blackburn baru2 ini.

Kembalinya Ferdinand & Wayne Rooney masih gagal mengubah nasib United. Malah Carrick & Jones yang kembali ke posisi asal masing2 juga gagal bermain dengan baik. Mungkin inilah harga yang terpaksa kita bayar bila seringkali melakukan perubahan posisi. Malah kesemua kesebelasan United tidak bermain dengan baik. Mungkin sedikit pujian buat Valencia yang masih konsisten walaupun bukan di posisi sayap. Rooney, Nani, Park Ji Sung, Giggs, Evra & Berbatov masing2 tidak bermain sebagaimana yang biasa dipamerkan. Masing2 kerap kehilangan bola, gagal membaca gerakan & hantaran rakan & lawan.

Paling ketara ialah Jones yang nampak begitu `struggle` di posisi bek tengah. Kerap kali hilang posisi & tersalah langkah & jangkaan. 2 gol lawan disumbangkan oleh beliau. Rata2 peminat lebih gemar melihat Evans & Smalling di benteng tengah berbanding Jones andai Rio & Vidic tidak lagi menjadi pilihan utama. Jones lebih cenderung diposisi DM atau sekurang2nya RB.

Sekali lagi permainan United nampak sukar bila berhadapan lawan yang mempunyai susuk tubuh yang tegap & maenggunakan corak fizikal bagi menghalang gerakan2 United. Giggs kali ini agak mengecewakan kerana terlalu gemar menyimpan bola dengan aksi solonya. Hantarannya juga seringkali tersasar & tidak tepat. Walaupun secara keseluruhannya United masih ditangga kedua, namun secara matematiknya Tottenham Hotspur mampu memintas andai mereka memenangi baki permainan ketika ini. Ini juga perlawanan pertama musim ini United gagal mencipta jaringan & tewas perlawanan pertama tahun baru sejak 1996.

Perlawanan Piala FA nanti pasti lebih sukar dengan pilihan yang ada berbanding lawan nanti yang mempunyai skuad yang besar & mantap. Kemungkinan besar saingan United dalam Piala FA bakal berakhir ekoran masalah yang sedia dihadapi ketika ini.

Barisan pemain Man United :

Lindegaard
Valencia, Ferdinand, Jones, Evra ©
Nani, Giggs, Carrick, Park Ji Sung,
Berbatov, Rooney

sub : Dea Gea, Rafael, Lingard, Pogba, Anderson, Hernandez, Welbeck

Keputusan penuh :
Newcastle 3 - 0 United
- Demba Ba 33`
- Cabaye 47`
- Jones 87` (og)

Tuesday, January 3, 2012

Hadiah buat Sir Alex?


Man United berpeluang memintas Man City diawal tahun baru 2012 ketika menerima kunjungan pasukan corot, Blackburn Rovers. Ternyata line-up yang disenaraikan sangat mengejutkan.

De Gea
Valencia, Jones, Carrick, Evra ©
Nani, Rafael, Park Ji Sung, Welbeck
Berbatov, Hernandez

Sub : Lindegaard, Fryers, Cole, Pogba, Anderson, Keane, Diouf

United mengharapkan Rafael & Park mampu menggerakkan jentera United dari tengah tetapi ternyata tak menjadi. Ketiadaan Rooney, Evans mahupun Gibson walaupun dibangku simpanan agak pelik. Separuh masa pertama United ketinggalan 1-0 sebelum Blackburn menggandakan jaringan melalui Yakubu. Ternyata barisan pertahanan sukar membendung permainan fizikal pemain Blackburn. Jones sendiri yang merupakan pemain pertahanan dilihat tidak bersedia dari segi `mental pemain pertahanan`.Mungkin inilah masalahnya bilamana seringkali bermain diposisi lain. Agak kucar-kacir benteng dimana Carrick yang lebih dilihat bertindak sebagai `sweeper/last man`. Carrick yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal sukar bertindak dengan berkesan. Evra & Jones seringkali meninggalkan posisi pertahanan. Malah Evra terlalu kerap melepaskan bola dengan hantaran yang tidak sampai kepada rakan. Hernandez langsung tidak berfungsi & dikeluarkan dengan memasukkan Anderson pada separuh masa kedua. Kemasukan Ando memberi sedikit nafas buat United bilamana mampu merapatkan kedudukan 2-2 melalui Berbatov.

Valencia terus bermain cemerlang manakala Rafael yang aku cukup risau tidak menghampakan walaupun tidak berfungsi ketika diposisi tengah. Valencia & Rafael masing2 berperanan bagi menyumbang jaringan yang dilakukan oleh Berbatov. Nani kali ini tidak menjadi dimana seringkali bertindak melakukan hantaran serta percubaan liar. Dikala Blackburn menerima sepakan sudut, De Gea pula melakukan kesilapan apabila gagal mengeluarkan bola tinggi yang membolehkan pemain lawan meletakkan bola didalam gawang.

Secara kesuluruhannya, United tewas gara2 line-up yang kucar kacir serta lawan menfaatkan peluang & kelemahan United. United gagal memberikan hadiah kemenangan ketika ulang tahun 70 tahun SAF. Manakala 3 trio yang tidak disenaraikan pada perlawanan tersebut dikatakan tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika latihan. Rooney dikenakan denda seminggu gaji & diketepikan ketika United tewas pada perlawanan itu. Mereka dikatakan menghadiri makan malam bersama pasangan masing2 sehingga menjejaskan tumpuan ketika latihan pada keesokkannya.

Keputusan penuh :

United 2 - 3 Blackburn Rovers
- Yakubu (16` & 51`)
- Berbatov (52` & 62`)
- Henley (80`)

Dalam perkembangan lain, Federico Macheda telah melengkapkan perpindahan (pinjaman) ke Loftus Road bersama QPR. Kiko dikatakan meminta pandangan Rio yang mana adiknya Anton adalah pemain QPR. Mujur City juga tewas 0-1 kepada Sunderland.