Monday, January 9, 2012

FA Cup : United tebus aib



Piala FA


Rooney berjaya menanduk masuk gol pertama United.


Vincent Kompany diperintah keluar padang.


Welbeck meletakkan United 2-0 di depan.



Gol kedua Rooney melalui sepakan penalti yang diselamatkan sebelum beliau menanduk masuk tampanan tersebut.



Paul Scholes dibawa masuk.



Aksi Paul Scholes.



Masuk. Sepakan percuma Kolarov gagal diselamatkan oleh Lindegaard.



Menang!Ferdinand meraikan kemenangan di Stadium Etihad, Manchester.

Manchester United bakal bertemu Liverpool pada pusingan ke-4 Piala FA. United yang bertandang ke Stadium Etihad turun dengan tekanan yang memuncak selepas tewas 2 perlawanan liga terdahulu. United bermula dengan tempo perlahan menerima asakan City diawal permainan sebelum satu serangan balas pertama berjaya disudahkan oleh Wayne Rooney melalui hantaran lintang Valencia.

Kejutan seterusnya muncul apabila Komapany melakukan terjahan 2 kaki terhadap Nani yang mengundang pengadil perlawanan, Chris Foy melayangkan kad merah terhadapnya. Keadaan ini digunakan sepenuhnya oleh United apabila Welbeck melakukan sepakan menarik selepas berlaku sedikit kelam kabut dalam kawasan penalti lawan itu.

Seakan2 mampu mengulangi kekalahan kepada City, United terus menghukum benteng City apabila sepakan penalti diberikan. Rooney berjaya meletakkan bola ke dalam jaring biarpun penjaga gol City berjaya menyelamatkan sepakannya sebelum ditanduk masuk. Permainan di separuh masa pertama cukup bertenaga & meyakinkan. Sepak mula separuh masa kedua, City mengubah taktikal dengan mengeluarkan Silva & Johnson dengan memasukkan Zabaleta & Savic. Ternyata mereka mampu mengubah corak permainan dengan memberi tekanan hebat buat United. Kolarov menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang cantik sebelum Aguero terus merapatkan jurang gol. Permainan United begitu lesu lebih2 lagi selepas mengeluarkan Welbeck. Scoles yang masuk menggantikan Nani pada awalnya lebih sekadar moral boost buat United. Dari segi permainan, United tidak langsung mampu menyerang dengan baik.

Secara keseluruhannya, permainan dibahagian pertahanan agak goyah & kelam kabut selepas kerap kali cuai ketika bertukar2 hantaran. Namun, setidak2nya United berjaya mengembalikan keyakinan selepas dimalukan ditempat sendiri sebelum ini. Kembalinya Scholes bakal membantu United dibahagian tengah nanti.

Line-up :

Lindegaard
Jones, Smalling, Ferdinand, Evra ©
Valencia, Giggs, Carrick, Nani
Rooney, Welbeck

sub : De Gea, Rafael, Evans, Anderson, Scholes, Park, Hernandez

Keputusan penuh :

Man City 2 - 3 Man United
-Rooney 10`& 40`
-Welbeck 30`
-Kolarov 48`
- Aguero 65`

sent off : Kompany

No comments:

Post a Comment