Thursday, January 5, 2012

Newcastle United mudah benam Man United

United mengalami kekalahan kedua berturut-turut & kali ini United gagal menjaringkan sebarang gol dengan melepaskan jumlah gol yang sama ketika tewas kepada Blackburn baru2 ini.

Kembalinya Ferdinand & Wayne Rooney masih gagal mengubah nasib United. Malah Carrick & Jones yang kembali ke posisi asal masing2 juga gagal bermain dengan baik. Mungkin inilah harga yang terpaksa kita bayar bila seringkali melakukan perubahan posisi. Malah kesemua kesebelasan United tidak bermain dengan baik. Mungkin sedikit pujian buat Valencia yang masih konsisten walaupun bukan di posisi sayap. Rooney, Nani, Park Ji Sung, Giggs, Evra & Berbatov masing2 tidak bermain sebagaimana yang biasa dipamerkan. Masing2 kerap kehilangan bola, gagal membaca gerakan & hantaran rakan & lawan.

Paling ketara ialah Jones yang nampak begitu `struggle` di posisi bek tengah. Kerap kali hilang posisi & tersalah langkah & jangkaan. 2 gol lawan disumbangkan oleh beliau. Rata2 peminat lebih gemar melihat Evans & Smalling di benteng tengah berbanding Jones andai Rio & Vidic tidak lagi menjadi pilihan utama. Jones lebih cenderung diposisi DM atau sekurang2nya RB.

Sekali lagi permainan United nampak sukar bila berhadapan lawan yang mempunyai susuk tubuh yang tegap & maenggunakan corak fizikal bagi menghalang gerakan2 United. Giggs kali ini agak mengecewakan kerana terlalu gemar menyimpan bola dengan aksi solonya. Hantarannya juga seringkali tersasar & tidak tepat. Walaupun secara keseluruhannya United masih ditangga kedua, namun secara matematiknya Tottenham Hotspur mampu memintas andai mereka memenangi baki permainan ketika ini. Ini juga perlawanan pertama musim ini United gagal mencipta jaringan & tewas perlawanan pertama tahun baru sejak 1996.

Perlawanan Piala FA nanti pasti lebih sukar dengan pilihan yang ada berbanding lawan nanti yang mempunyai skuad yang besar & mantap. Kemungkinan besar saingan United dalam Piala FA bakal berakhir ekoran masalah yang sedia dihadapi ketika ini.

Barisan pemain Man United :

Lindegaard
Valencia, Ferdinand, Jones, Evra ©
Nani, Giggs, Carrick, Park Ji Sung,
Berbatov, Rooney

sub : Dea Gea, Rafael, Lingard, Pogba, Anderson, Hernandez, Welbeck

Keputusan penuh :
Newcastle 3 - 0 United
- Demba Ba 33`
- Cabaye 47`
- Jones 87` (og)

No comments:

Post a Comment