Tuesday, August 23, 2011

BPL 02 Result : Man United 3 - 0 Tottenham Hotspur

Rooney ceria meraikan gol ke-3 United.

Anderson turut mencatatkan nama sebagai penjaring gol ke-2 United.

Glanced header!Welbeck memecah kebuntuan pada minit 61 apabila menanduk cantik hantaran lintang Cleverley.

Welbeck meraikan jaringan pertamanya & buat United ketika kedudukan 0-0 pada separuh masa pertama.

Rakan karib, Alex Fergusen & Harry Redknapp.

Aksi De Gea semakin baik & meyakinkan selepas dikritik ekoran kesilapan dua perlawanan lalu.

CHAMPION 19!

Sir Alex Ferguson begitu yakin dengan pemain2 mudanya. Barisan United semalam dibarisi pemain2 mudanya yg purata umurnya skuad semalam adalah 23 tahun. Evra selaku `old man` memakai lilitan kapten begitu kemas mengemudi barisan belakang yg dibarisi oleh Smalling (22), Jones (19), Evans (23) serta De Gea (20).

Jangkaan bahagian tengah akan dibarisi pemain berpengalaman iaitu Carrick rupanya meleset apabila Cleverley (22) terus diberi kepercayaan utk bergandingan bersama Anderson (22) disamping winger berpengalaman & laju iaitu Young (26) & Nani (25). Anderson & Cleverley begitu cemerlang mengatur gerakan serangan ke kubu Spurs sambil ampuh membantu pertahanan.

Welbeck (21) pada separuh masa pertama begitu kurang meyakinkan apabila kerap kali hilang bola dikaki. Namun telah bertukar watak pada separuh masa kedua dgn menjaringkan gol serta satu assist. Jangkaan bahawa dia bakal diketepikan dgn kemasukan Berbatov ternyata tidak tepat. SAF masih ingin memberi peluang kepada lebih2 lagi Hernandez telah kembali beraksi.

Keseluruhnya, United tidak menghadapi kesukaran & sekali lagi menepati rutin apabila terus memegang rekod tanpa kalah kepada Spurs ditempat sendiri sejak 1989. Dengan kehadiran pemain2 muda yg hebat, tugas SAF semakin sukar utk memilih kesebelasan utama. Nampaknya sukar utk kita melihat mana2 posisi kosong utk diisi oleh pemain baru.

Next, bring on Arsenal! Krisis yg dihadapi lawan sepatutnya mampu dieksploitasi sebaiknya.

Glory Glory Man United.

Monday, August 22, 2011

Preview : Manchester United vs Tottenham Hotspur


United bakal membariskan barisan pertahanan muda ekoran kecederaan yang dialami oleh Vidic & Ferdinand. Namun, dikatakan Ferdinand sudah semakin baik & berpotensi untuk turun beraksi tetapi Vidic terkeluar untuk tempoh sekurang2nya 5 minggu. Dengan Rafael yang mengalami bahu terseliuh, tempatnya bakal diisi oleh abangnya Fabio atau Smalling. Tengah berkemungkinan besar akan digalas oleh Jones & Evans manakala Evra pasti akan mengetuai barisan muda United kali ini.

Bahagian midfield pasti akan dibarisi oleh Young, Carrick, Ando & Nani manakala Berbatov dijangka diberi kepercayaan untuk mengasak lawan bersama Rooney. Pilihan lain dibangku simpanan rasanya ialah Cleverley, Fletcher, Park Ji Sung, Ferdinand, Fabio/Smalling , Lindegaard, Giggs & Owen.

Spurs menurut Redknapp tidak pernah menang di OT dalam 13 pertemuan terakhir & nyata masih sukar untuk memecahkan rekod tersebut. Assou-Ekoto sedia untuk mengambil peluang keatas De Gea yang masih lagi mencari keyakinan & menyesuaikan diri dengan corak permainan inggeris. Selain itu, Modric mengancam untuk tidak bersama2 skuad ke OT utk memaksa Spurs menjualnya ke Chelsea. Secara dasarnya, United masih mampu untuk menang keatas Spurs jika pemain mampu menggerakkan barisan tengah dengan berkesan & penyudah diharap kembali tajam dengan kehadiran Berbatov & Rooney.

Barisan kemungkinan :

De Gea
Smalling…….Jones…….Evans…….Evra
Nani…….Carrick……...Anderson……..Young
Berbatov……….Rooney

Simpanan : Lindegaard, Fabio, Ferdinand, Cleverley, Fletcher, Giggs, Park Ji Sung, Owen

Tuesday, August 9, 2011

Who needs Sneijder when we got Cleverley


Perlukah United diperkuatkan dengan pembelian Wesley Sneijder?Atau United sudah ada jawapannya, iaitu Tom Cleverley…sebenarnya United lebih perlukan `ball winner` atau dalam kata lain posisi DM. Selepas Roy Keane & Owen Hargreaves, United ketandusan pemain yang mengisi tugas ini.

Mungkin betui United xperlu cari DM semata2 nak atasi corak permainan lawan seperti Barcelona yg kita tgk dalam 2 aksi final UCL. Cuma kita juga perlu ingat bila kali terakhir United menewaskan Barca dlm game competitive?…iaitu ketika United muncul Juara UCL 2008. Keputusan seri 0-0 di Nou Camp & menang 1-0 di OT hasil jaringan Scholes. Masa tu United mempunyai Owen Hargreaves yg beraksi pada prestasi terbaiknya sebelum rentetan kecederaan yg memaksanya meninggalkan OT. Mujur Barca bukan seteru liga BPL. Namun untuk menjadi pasukan yg terbaik, barisan kemungkinan yg ada haruslah bersedia dari segala aspek terutamanya United yg membariskan line-up mengikut lawan yg bakal ditentang. Jelasnya dalam dua edisi AKHIR United ternyata tidak mempunyai jawapan utk mengatasi Barcelona. Andai kata sekali lagi United ditemukan dalam mana2 peringkat UCL, mungkin kita boleh melihat sekali lagi bagaimana perlunya posisi DM sebagai salah satu taktikal permainan. Pasti akan kecewa jika ianya berulang lagi. Itu harus menjadi `football lesson` buat United & SAF sendiri...

W/bagaimanapun, mungkin juga ada benarnya dengan pembelian Jones, setidak2nya United mempunyai potensi untuk posisi tersebut. Namun, naturally, dia bukanlah DM & dia sendiri lebih prefer sebagai CD. Pertemuan dengan Arsenal sekurang2nya boleh dijadikan kayu ukur atau idea disebabkan corak permainan yang hampir sama kecuali faktor pengalaman, konsistensi, mental & kecederaan yg membataskan aksi terbaik Arsenal. Dengan barisan tengah United yang masih lagi ramai, aku rasa sukar untuk kita melihat mana2 pemain akan menjadi pilihan utama. LINE-UP mengikut siapa LAWANnya….apa pun, aku yakin United akan bertambah baik dengan prospek sekarang & akan datang….

Smalling memberi jawapan atas kehilangan O`Shea dimana dia mampu bermain utk posisi full back & centre back…setidak2nya jawpaan kepada da Silva brothers yg agak `fragile`…hehhe…Evans juga sekarang diberi roll sebagai full back kiri…mungkin salah satu pilihan yg akan membantu pasukan anadai pemain utama cedera…bahagian sayap nampak semakin mantap dengan pilihan yang pelbagai iaitu Nani, Young, Park Ji Sung, Valencia, Welbeck & Cleverley sendiri..Giggs juga mungkin adakalanya boleh lagi diturunkan ke posisi sayap mengikut game tertentu w/pun kini lebih kerap bertindak dari tengah. Obertan bakal mengangkat kaki menuruti rakan2 dari France ke NU. Dilema sekarang ialah Gibson & Kuszczak yg masih belum dijual. Nasib Macheda & Diouf juga masih samar2. Berbatov mungkin akan dijual jika PSG mengemukan bidaan.

Secara umumnya, aku rasa barisan United cukup mantap jika pemain2 ini menjadi pertaruhan dlm edisi 2011/12 utk pemburuan kejuaraan ke-20 liga :

GK : de Gea, Lindegaard, Amos, Gollini
DEF : Vidic, Ferdinand, Rafael, Evra, Smalling, Jones, Fabio, Evans
MID : Anderson, Carrick, Cleverley, Fletcher, Valencia, Nani, Young, PJS, Giggs
FW : Rooney, Hernandez, Owen, Berbatov, Welbeck

Out : Kuszczak, Gibson, Obertan, Macheda, Diouf

Monday, August 8, 2011

Community Shield : Manchester United 3 vs Manchester City 2

Langkah kanan United.

Ashley Young melepasi kawalan James Milner

Cris Smalling menyempurnakan hantaran Young melalui sepakan percuma untuk merapatkan jurang.


Nani menjaringkan gol penyamaan hasil gerakan yang cantik dari luar kotak penalti antara Cleverley & Rooney. Nani kemuadiannya menjaringkan gol kemenangan diminit akhir masa tambahan.


Barisan pemain yang diketuai oleh Vidic menjulang perisai kemenangan.

Tirai BPL 2011/12 bakal disingkap minggu hadapan apabila Community Shield dijulang oleh pasukan Manchester United di Stadium Wembley, semalam. Pertemuan yang menyaksikan dua kelab Manchester iaitu United & City berlangsung dengan begitu menarik & dramatik.

United yang turun dengan pemain barunya serta barisan pemain mudanya dikejutkan dengan jaringan Lescott melalui sepakan percuma hasil kesalahan pemain bek kiri United iaitu Evra. Ulang tayang menyaksikan Evra tidak melakukan kekasaran terhadap Milner namun penjaga garisan memberi isyarat kepada pengadil, Phil Dowd untuk sepakan percuma yang menyaksikan pertahan tengah United iaitu Vidic & Ferdinand gagal untuk menghalang Lescott untuk membuat tandukan. David de Gea sepatutnya boleh keluar awal untuk mengeluarkan bola dari kawasan penalti. W/pun United mengusai permainan, namun tidak banyak gerakan berbahaya yang dihasilkan sehinggalah sekali lagi United menerima padah apabila kesilapan dari tengah padang membolehkan Edin Dzeko melakukan rembatan dari luar kotak penalti yang dibiarkan oleh Vidic. de Gea pula seolah2 lambat memberikan reaksi utk menyelamatkan bola tersebut. Nampak seolah2 penjaga gol muda ini masih gemuruh & gementar utk penampilan pertamanya. Namun, jika dilihat gerakan bola tersebut sememangnya sukar mengagak arah bola itu melencong sepertimana yang diperkatakan oleh pundit ketika rehat separuh masa pertama.

SAF melakukan tindakan berani dengan mengeluarkan Ferdinand & Vidic dibahagian pertahanan dengan menggantikan dengan Jones & Evans manakala Cleverley menggantikan Carrick. United terus menguasai permainan & kali ini nampak lebih mengancam & terkawal di semua posisi. Smalling membuka ruang United kembali bersaing apabila sepakan percuma Young disambung baik untuk gol pertama. United terus mempamerkan aksi pantas & bertenaga dikiri & kanan lawan. Satu gerakan yang cantik dari luar kotak penalti lawan antara Cleverley, Nani & Rooney akhirnya membolehkan gol penyamaan dicipta oleh Nani dengan sentuhan penyudah yang cukup cantik & sempurna. Seakan2 perlawanan akan berakhir dengan sepakan penalti, Nani terus memberi tekanan apabila bola yang dikeluarkan dari kawasan penalti United diterima oleh kapten City, Kompany. Hasil tekanan ini, Kompany tersalah langkah & bola terlepas kepada Nani yang terus meluru kearah Joe Hart sebelum memperdayakannya & menjaringkan gol diminit2 akhir permainan.

Secara keseluruhnya, United mempunyai barisan pemain yang mempu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh lagenda2 yang kini telah bersara. Anderson & Cleverley antara watak yang mampu digilap utk memberi sinar baru buat barisan tengah United. Kehadiran Young & Jones memberi pilihan yang baik buat posisi masing2.

United: De Gea; Smalling, Ferdinand (Jones 46), Vidic (Evans 46), Evra (Rafael 72); Nani, Carrick (Cleverley 46), Anderson, Young; Rooney, Welbeck (Berbatov 89)
Subs not used: Lindegaard, Park

City: Hart; Richards, Kompany, Lescott, Kolarov (Clichy 74); Milner (Johnson 67), De Jong, Toure Y, Silva; Balotelli (Barry 59), Dzeko
Subs not used: Taylor, Savic, Wright-Phillips, Aguero



Glory Glory Man United!