Monday, August 8, 2011

Community Shield : Manchester United 3 vs Manchester City 2

Langkah kanan United.

Ashley Young melepasi kawalan James Milner

Cris Smalling menyempurnakan hantaran Young melalui sepakan percuma untuk merapatkan jurang.


Nani menjaringkan gol penyamaan hasil gerakan yang cantik dari luar kotak penalti antara Cleverley & Rooney. Nani kemuadiannya menjaringkan gol kemenangan diminit akhir masa tambahan.


Barisan pemain yang diketuai oleh Vidic menjulang perisai kemenangan.

Tirai BPL 2011/12 bakal disingkap minggu hadapan apabila Community Shield dijulang oleh pasukan Manchester United di Stadium Wembley, semalam. Pertemuan yang menyaksikan dua kelab Manchester iaitu United & City berlangsung dengan begitu menarik & dramatik.

United yang turun dengan pemain barunya serta barisan pemain mudanya dikejutkan dengan jaringan Lescott melalui sepakan percuma hasil kesalahan pemain bek kiri United iaitu Evra. Ulang tayang menyaksikan Evra tidak melakukan kekasaran terhadap Milner namun penjaga garisan memberi isyarat kepada pengadil, Phil Dowd untuk sepakan percuma yang menyaksikan pertahan tengah United iaitu Vidic & Ferdinand gagal untuk menghalang Lescott untuk membuat tandukan. David de Gea sepatutnya boleh keluar awal untuk mengeluarkan bola dari kawasan penalti. W/pun United mengusai permainan, namun tidak banyak gerakan berbahaya yang dihasilkan sehinggalah sekali lagi United menerima padah apabila kesilapan dari tengah padang membolehkan Edin Dzeko melakukan rembatan dari luar kotak penalti yang dibiarkan oleh Vidic. de Gea pula seolah2 lambat memberikan reaksi utk menyelamatkan bola tersebut. Nampak seolah2 penjaga gol muda ini masih gemuruh & gementar utk penampilan pertamanya. Namun, jika dilihat gerakan bola tersebut sememangnya sukar mengagak arah bola itu melencong sepertimana yang diperkatakan oleh pundit ketika rehat separuh masa pertama.

SAF melakukan tindakan berani dengan mengeluarkan Ferdinand & Vidic dibahagian pertahanan dengan menggantikan dengan Jones & Evans manakala Cleverley menggantikan Carrick. United terus menguasai permainan & kali ini nampak lebih mengancam & terkawal di semua posisi. Smalling membuka ruang United kembali bersaing apabila sepakan percuma Young disambung baik untuk gol pertama. United terus mempamerkan aksi pantas & bertenaga dikiri & kanan lawan. Satu gerakan yang cantik dari luar kotak penalti lawan antara Cleverley, Nani & Rooney akhirnya membolehkan gol penyamaan dicipta oleh Nani dengan sentuhan penyudah yang cukup cantik & sempurna. Seakan2 perlawanan akan berakhir dengan sepakan penalti, Nani terus memberi tekanan apabila bola yang dikeluarkan dari kawasan penalti United diterima oleh kapten City, Kompany. Hasil tekanan ini, Kompany tersalah langkah & bola terlepas kepada Nani yang terus meluru kearah Joe Hart sebelum memperdayakannya & menjaringkan gol diminit2 akhir permainan.

Secara keseluruhnya, United mempunyai barisan pemain yang mempu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh lagenda2 yang kini telah bersara. Anderson & Cleverley antara watak yang mampu digilap utk memberi sinar baru buat barisan tengah United. Kehadiran Young & Jones memberi pilihan yang baik buat posisi masing2.

United: De Gea; Smalling, Ferdinand (Jones 46), Vidic (Evans 46), Evra (Rafael 72); Nani, Carrick (Cleverley 46), Anderson, Young; Rooney, Welbeck (Berbatov 89)
Subs not used: Lindegaard, Park

City: Hart; Richards, Kompany, Lescott, Kolarov (Clichy 74); Milner (Johnson 67), De Jong, Toure Y, Silva; Balotelli (Barry 59), Dzeko
Subs not used: Taylor, Savic, Wright-Phillips, Aguero



Glory Glory Man United!

No comments:

Post a Comment