Tuesday, August 23, 2011

BPL 02 Result : Man United 3 - 0 Tottenham Hotspur

Rooney ceria meraikan gol ke-3 United.

Anderson turut mencatatkan nama sebagai penjaring gol ke-2 United.

Glanced header!Welbeck memecah kebuntuan pada minit 61 apabila menanduk cantik hantaran lintang Cleverley.

Welbeck meraikan jaringan pertamanya & buat United ketika kedudukan 0-0 pada separuh masa pertama.

Rakan karib, Alex Fergusen & Harry Redknapp.

Aksi De Gea semakin baik & meyakinkan selepas dikritik ekoran kesilapan dua perlawanan lalu.

CHAMPION 19!

Sir Alex Ferguson begitu yakin dengan pemain2 mudanya. Barisan United semalam dibarisi pemain2 mudanya yg purata umurnya skuad semalam adalah 23 tahun. Evra selaku `old man` memakai lilitan kapten begitu kemas mengemudi barisan belakang yg dibarisi oleh Smalling (22), Jones (19), Evans (23) serta De Gea (20).

Jangkaan bahagian tengah akan dibarisi pemain berpengalaman iaitu Carrick rupanya meleset apabila Cleverley (22) terus diberi kepercayaan utk bergandingan bersama Anderson (22) disamping winger berpengalaman & laju iaitu Young (26) & Nani (25). Anderson & Cleverley begitu cemerlang mengatur gerakan serangan ke kubu Spurs sambil ampuh membantu pertahanan.

Welbeck (21) pada separuh masa pertama begitu kurang meyakinkan apabila kerap kali hilang bola dikaki. Namun telah bertukar watak pada separuh masa kedua dgn menjaringkan gol serta satu assist. Jangkaan bahawa dia bakal diketepikan dgn kemasukan Berbatov ternyata tidak tepat. SAF masih ingin memberi peluang kepada lebih2 lagi Hernandez telah kembali beraksi.

Keseluruhnya, United tidak menghadapi kesukaran & sekali lagi menepati rutin apabila terus memegang rekod tanpa kalah kepada Spurs ditempat sendiri sejak 1989. Dengan kehadiran pemain2 muda yg hebat, tugas SAF semakin sukar utk memilih kesebelasan utama. Nampaknya sukar utk kita melihat mana2 posisi kosong utk diisi oleh pemain baru.

Next, bring on Arsenal! Krisis yg dihadapi lawan sepatutnya mampu dieksploitasi sebaiknya.

Glory Glory Man United.

No comments:

Post a Comment