Tuesday, November 29, 2011

Jejak Harimau Malaya

Bolasepak negara mutakhir ini kembali bernafas dengan langkah yang dilihat semakin tersusun memperbaiki aksi sumbang setiap kali turun ke gelanggang. Bermula pada kebangkitan di Sukan Sea 2009, skuad kendalian K.Rajagobal berjaya membawa pulang emas dari Laos menewaskan lawan dari Vietnam. Rentetan dari pemain2 yang dibawa itu, skuad negara terus menunjukkan belang `tarung` harimau malaya dengan aksi memukau di kejohanan AFF dengan mematahkan sayap penganjur kejohanan, Indonesia yang terkenal dengan skuad Garudanya. Terkini, skuad bimbingan Ong Kim Swee pula memastikan bahawa Malaysia sudahpun menguasai bolasepak di Asia Tenggara ini. Skuad muda Harimau Malaya berjaya mempertahankan emas di Sukan Sea baru2 ini.

Namun, usah kita bermegah dengan nikmat sementara itu malah perlu terus mengorak langkah, mengatur strategi & membina kekuatan diri & pasukan bagi menghadapi saingan diperingkat seterusnya. Kita harus akui bahawa kuasa bolasepak di rantau ini telah kita kecapi namun tugas seterusnya belum sempurna malah perlu lebih diteliti & dikaji.

Pulang dari aksi final Sea Games, skuad muda negara berdepan pula dengan perlawanan kelayakan Olimpik peringkat Zon Asia yang melibatkan Jepun, Syria, Bahrain & Malaysia dalam kumpulan C. Tewas kepada Jepun ketika perlawnan pertama, skuad olimpik berdepan pula dengan Syria di `Gelora` Bukit Jalil setelah berehat sehari selepas pertarungan 120' dalam aksi dengan pasukan Indonesia. Memang tidak banyak harapan diletakkan kepada pemain2 utk membenam Syria rentetan faktor keletihan fizikal & emosi. Namun syabas & tahniah juga diucapkan walaupun tumbang 0-2 kepada lawan. Jelas diperingkat Asia, faktor fizikal megitu memihak kepada lawan dari Mediterranean ini. Malaysia ampuh bertahan sehinggalah pada baki 30` terakhir perlawanan, skuad muda ini hilang fokus & konsentrasi dengan membenarkan lawan menebusi gawang.

Ahad lalu, Harimau Muda sekali kali dilepaskan ke `kandang` dengan hasrat mencari `habuan` santapan pertama. Jelas kesungguhan itu berhasil dimana Mohd Nazmi Faiz Mansor (12) melakukan satu rembatan dari luar kotak penati setelah memperdaya pemain lawan dengan jaringan yang menggegarkan `Gelora` Bukit Jalil. Walaupun usianya baru 17 tahun, pemain yang menerima jolokan `Kaka Malaysia` & jelmaan Azizol Abu Hanifah ini telah mempamerkan pemainan yang mengagumkan. Awal2 lagi jurulatih Bahrain telah mengingatkan pemainya supaya mengawasi pemain tengah Malysia bernombor 12. Dibantu pula dengan aksi & tackle mantap oleh Mohd. Affize, Malaysia menguasai baik dikawasan tengah padang.

Separuh masa kedua, Mahali pula menambah keyakinan bahawa kita masih berpeluang menjejakkan kaki ke London 2012 nanti. Ditambah dengan lawan beraksi 10 pemain, Malaysia dilihat & berasa yakin akan memungut mata penuh. Namun bolasepak boleh bertindak kejam. Akibat kelalaian barisan tengah & benteng, lawan beroleh gol pertama. Ketiadaan Nazmi & Affize ternyata memberi kesan kepada permainan kita bilamana mereka dikeluarkan akibat kecederaan. Kesalahan & kesilapan terus dihidangkan kepada lawan & akhirnya Harimau Muda tumbang dengan 2-3!

Apa yang dapat diteliti ialah bilamana ketiadaan pemain utama memberi harga yang cukup mahal buat kita. Walaubagaimanapun, apa yang kita perlu lihat secara positifnya, skuad muda ini sememangnya mempunyai harapan yang baik & cerah jika beberapa penambahbaikan dapat dijelmakan pada masa2 mendatang. Pertamanya, barisan `back 5` iaitu pertahanan & GK dilihat mantap dengan barisan pemain seperti Fahmi, Mahali, Fadhli, Muslim, (Amer) & Zubir. Inilah pertahanan yang akan membarisi skuad Harimau Malaya nanti. Jika ditambah dengan Asraruddin Putra, rasanya barisan pertahanan sudah lengkap. Cuma perlukan back-up yang mantap utk 2 posisi lagi iaitu bek kanan & satu lagi bek tengah.

Bahagian tengah, sudah pasti nama Nazmi Faiz menjadi pilihan utama. Selain itu, Irfan, Gary Steven Robat, Affize & Gurusamy sudah pasti akan menjadi pilihan utama selain seperkuatkan dengan kehadiran pemain kelahiran Sg Petani & juga Kapten Marvel, Baddrol Bakhtiar. Bahagian sayap kita masih lagi tercari2 gandingan & nama yang beraksi konsisten. Syahrul Azwari & Fandi masih lagi perlu memperkemaskan lagi permainan mereka. Wan Zaharul & Wan Zack juga tidak konsisten permaiannya ditambah pula dengan masalah kecederaan.

Rangkaian serang merupakan barisan yang paling kritikal buat skuad muda ini. Jelas aksi di Sukan Sea & Kelayakan Olimpik memperlihatkan bagaimana kita kekurangan & ketandusan penggempur berbisa. Dengan Safee Sali & Shahrul Idlan meniti usia lewat 20-an, kita harus beruasaha menggilap permata penyerang dengan kadar segera. Jurang skuad muda ini masih belum jauh dengan kuasa Asia yang lain. Usah biarkan kita terus ketinggalan.

Ayuh Harimau Malaya, mulai langkah anda untuk mensasarkan peringkat Asia pula!

Aummmmmm….!

No comments:

Post a Comment