Tuesday, May 15, 2012

City ketepikan United


Pemburuan kejuaraan ke-20 Manchester United akhirnya tidak kesampaian. Manchester City akhirnya meleburkan impian United setelah menwaskan QPR dalam perlawanan terakhir liga BPL. United terlebih dahulu menamatkan saingan dengan langkah yang betul dengan menewaskan Sunderland di Stadium of Light dengan 1-0 melalui Wayne Rooney. Ketika keputusan MU-Sunderland telah diketahui, 5 minit masa tambahan diberikan di Etihad Stadium dengan City ketinggalan 1-2 kepada QPR yang beraksi dengan 10 pemain setelah Joey Barton dibuang padang. Dzeko menyamakan kedudukan 2-2- ketika memasasuki masa tambahan & dikala United dilihat semakin menghampiri kejuaraan, Sergio Aguero akhirnya menamatkan kemarau 44 tahun City dengan gol yang membolehkan City menjulang juara liga musim 2011-12.

Jelasnya, walaupun United & City berkongsi 28W,5D,5L namun kejuaraan kali ini mencipta sejarah apabila jumlah jaringan 8 gol memisahkan antara City & Man United. Dengan 89 mata yang diperolehi oleh kedua2 pasukan, ternyata saingan kali ini dilihat hanya diantara dua kelab Manchester shj dimana Arsenal ditangga ketiga hanya mampu memungut 70 mata iaitu 19 mata dibelakang.

Musim 2012-13 akan datang pasti menjanjikan perubahan yang mungkin agak besar buat United. Beberapa pemain pasti akan digugurkan & muka2 baru serta bakat2 besar adalah diharap mampu mengembalikan United kedudukan yang lebih baik. Anderson, Berbatov, Pogba & Micheal Owen antara yang hampir pasti meninggalkan United. Selain itu, ada khabar angin menyatakan kemungkinan besar Darren Fletcher sedang mempertimbangkan untuk bersara ekoran masalah kesihatannya. Paul Scholes & Ryan Giggs diberitakan akan terus kekal musim depan namun United tidak lagi mampu untuk terus menagih kudrat mereka dalam setiap perlawanan. Giggs telah diberi kebenaran untuk beraksi di Olimpik bersama pasukan Great Britain manakala Chicharito, Evans, Smalling, Jones & Rooney dihalang oleh United.

Selain itu, beberapa pemain kemungkinan akan dipinjamkan keluar antaranya Fabio, Ritchie De Laet, Will Keane & Macheda. Peluang terakhirnya nampaknya buat Macheda sebelum ditunjukkan pintu keluar. Gosip pemain2 yang bakal disambar United juga semakin banyak disiarkan didada2 akhbar sebelum bermulanya Euro 2012. Antaranya ialah Shinji Kagawa (Bor.Dortmund), Eden Hazard (Lille), Leighton Baines (Everton), Mats Hummels (Bor.Dortmund), Moussa Dembele (Fulham), Kwadwo Asamoah (Udinese), Jan Vertonghen (Ajax), Luuk de Jong (FC Twente), Nick Powell (Crewe), Nicolas Gaitan (Benfica), James Rodriguez (Porto), Gerard Pique (Barca) serta Fernando Llorente (Atl. Bilbao).

Dalam pada itu, Antonio Valencia telah dipilih sebagai Sir Matt Busby Player of The Year & Goal of the Season. Miacheal Keane pula dipilih United Reserve Player of the Year & Mats Daehli memenangi Jimmy Murphy Young Player of the Year.

Glory Glory Man United.

No comments:

Post a Comment