Tuesday, May 22, 2012

Nazmi Faiz sarung jersi SC Beira-Mar


Nazmi Faiz Mansor sah sertai Kelab Divisyen 1 Portugal, Beira-Mar

 Bersama rakan2 ketika sesi pemilihan.

Tandatangani kontrak.

Nazmi Faiz, pemain pasukan Harimau Muda menjadi pemain Malaysia pertama menyertai pasukan liga utama di Eropah iaitu SC Beira-Mar yang merupakan kelab Portuguese Primeira Liga. Pemain lagenda pasukan Portugis iaitu Eusebio merupakan antara bekas pemain pasukan ini. Dengan tema warna yang sama dengan Harimau Malaya iaitu `Hitam Kuning`, diharap Nazmi Faiz akan menimba ilmu & pengalaman serta mengembangkan lagi kariernya diperingkat lebih tinggi. Nazmi mengikat kontrak 3 tahun. Dua lagi rakannya iaitu Wan Zaharulnizam serta Wan Zack Haikal berpeluang menyertai pasukan Div. 3 Liga J iaitu FC Ryukyu. Beira-Mar menamatkan musim ini ditangga ke-12 liga. Portuguese Primiera Liga menduduki ranking ke-5 (league coefficient) liga Eropah dibelakang England, Spain, Germany & Italy. Manakala Liga France (Ligue 1) ditempat ke-6.

Syabas & tahniah buat anak Malaysia. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment