Friday, May 25, 2012

United di Euro 2012

Berakhirnya aksi liga2 utama Eropah dengan pelbagai suka duka, kejutan & kebangkitan. Kini rata2 peminat beralih arah menanti sepak mula Euro 2012. Ramai menunggu saat2 ini utk melihat kelibat2 pemain2 berbakat & hebat yang dikaitkan dengan kelab sokongan masing2. Dan sudah tentu nama2 yang terlibat dengan United sentiasa mendapat perhatian. Beberapa pemain United telah disenaraikan utk bersama skuad kebangsaan masing2 & ada juga yang terpinggir.

ENGLAND

Disenaraikan : Wayne Rooney, Ashley Young, Phil Jones & Welbeck*
Tersisih : Rio Ferdinand, Chris Smalling, Michael Carrick

Skuad bimbingan Roy Hodgson telah memanggil 4 pemain United manakala Rio tidak disenaraikan dengan alasan faktor kecergasan beliau utk bermain dlm selang masa 3 hari. Smalling terpaksa disisihkan gara2 kecederaan manakala Carrick pula diketepikan selepas dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mahu terlibat sebagai `skuad player` shj. Welbeck sedang bertungkus lumus dgn faktor kecergasan manakala Rooney akan diketepikan dlm 2 perlawanan awal England akibat penggantungan. Peluang Jones utk beraksi nampaknya agak cerah & kemungkinan akan bermula dari bangku simpanan apabila perubahan taktikal diperlukan. Young hampir pasti mengisi kesebelasan utama disebelah sayap kiri atau sebagai back-up striker utk menampung kehilangan Rooney dlm padang.

*Kecergasan Welbeck dipantau utk senarai akhir.

SPAIN

Disenaraikan : David de Gea*
Digugurkan : *David de Gea digugurkan dlm senarai akhir & digantikan dgn Victor Valdes (Barca)

Beliau disenaraikan utk skuad provision Spain selepas menamatkan aksinya di BPL dengan cemerlang. Dilihat sebagai pilihan kedua dibelakang Iker Casillas namun sukar utk mendapat peluang diturunkan.

FRANCE

Disenaraikan : Patrice Evra

Bekas kapten France ini hampir pasti utk menyertai skuad akhir France memandangkan Eric Abidal baru selesai menjalani pembedahan pemindahan hati. Evra akan bersaing dengan pemain City, Gael Clichy utk merebut posisi bek kiri & pengalaman akan memberi kelebihan kepadanya.

DENMARK

Disenarikan : Anders Lindegaard

Tidak beraksi bersama skuad United akibat kecederaan namun dlm tempoh pemulihannya, Denmark menyenaraikan beliau selepas berpuas hati ketika kem latihan bersama skuad kebangsaan namun agak tipis utk diturunkan berikutan pengalaman Sorensen.

PORTUGAL

Disenaraikan : Luis Nani

Nani akan bergandingan dengan bekas pemain United, Ronaldo bagi menghadapi kumpulan maut utk layak keperingkat seterusnya.

Good luck Reds!

Selain pemain sedia ada, Euro ini juga merupakan medan utk menilai pemain2 baru yang ingin dipancing. Bagi peminat United nama2 seperti Lewandowski (Poland), Modric (Croatia), Christian Eriksen (Denmark), Adil Rami, Mathieu Debuchy (France), Mats Hummel (Germany),  Kevin Strootman, Luuk de Jong (Holland), Javi Martinez, Llorente (Spain) & sebaginya akan mendapat perhatian.

No comments:

Post a Comment