Monday, November 26, 2012

AFF Suzuki Cup : Malaysia 0-3 Singapura


Permainan skuad negara tampak kucar kacir dgn gerakan, larian & hantaran pemain2 sendiri. Itu belum ketika menerima tekanan & asakan lawan. Jelas sekali dgn tenggelamnya aksi Amar & Safiq, maka kepincangan seluruh pasukan dilondehkan oleh skuad Singapura yang rata2nya terdiri drpd pemain2 skuad Lion XII dan beberapa gabungan pemain pasukan yang menjuaraai Liga S iaitu Tampines Rovers. Maka ketika itu kita sedar perlunya kita mempunyai pemain seperti Sabre Abu yang sememangnya diketahui dgn aksi `kereta kebal` & mampu berada pada beberapa posisi berlainan. Atau setidaknya next game nanti khudrat Gary Steven Robat amat dituntut. Harimau Malaya tidak mempunyai generalnya maka dgn sewenang-wenangynya Sang Singa bergerak bebas tanpa bentesan atau asakan keras pemain bergelar `defensive midfielder`. Kerap kali juga kita lihat pemain2 kita melakukan `missed tackle` yang sekaligus meletakkan barisan pertahanan dlm keadaan kelam kabut & tertekan. Dengan hantaran & larian yang kerap kali tersangkut, apa harapan bagi penyokong utk bersorak bagi menghargai percubaan apatah lagi meraikan jaringan. Seperti kebiasaan, pemain sayap kiri, Kunanlan lajunya seperti kumbang putus tali…laju tetapi tiada apa2 sumbangan bermakna…lebih teruk pemain Kedah kita Muhymeen yang langsung tidak memberi apa2 kesan kepada pemain no.3 pertahanan kiri S`pura. Mungkin sukar menyesuaikan diri dgn posisi sayap yg sudah agak lama ditinggalkan. Lantas digantikan dgn Wan Zack yang sedikit sebanyak memberi tekanan disebelah kiri lawan. Sepatutnya juga Kunanlan perlu segera dikeluarkan dgn memasukkan Azammuddin Akil. Matyo juga langsung tidak beraksi dgn baik & kerap kali gerakannya mudah dibaca lawan. 


Malaysia perlu bangkit utk membenam Laos sebelum berkira2 membuat perhitungan dgn Indonesia pada perlawanan terakhir jika masih mempunyai cita2 utk layak ke separuh akhir. Di atas kertas, skuad negara tidak memberi reputasi yang mampu menggerunkan lawan sejak dari beberapa siri perlawanan persahabatan lagi. Rombakan juga perlu dilakukan atau sekurang2nya bahagian tengah perlu memperbaiki mutu persembahan jika ingin terus bersaing.


Line-up pilihan utk menentang Laos :


Farizal
Mahali, Aidil, Fadhli, Azmi
Gary, Shakir
Wan Zack, Safiq, Azamuddin
Safee

No comments:

Post a Comment