Tuesday, November 27, 2012

Ayuh Harimau Malaya!


Skuad Harimau Malaya tersungkur 0-3 dikaki Sang Singa dalam perlawanan sulong aksi AFF Suzuki Cup 2012. Kini timbul pula desas desus serta idea2 membawa masuk pemain asing mewakili Malaysia bagi menyaingi kekuatan lawan. Dahulu ketika kita berjaya membenam lawan yang membariskan import luar, isu ini diam seketika. Namun pada pandangan aku, biarlah anak2 tempatan membawa cabaran biar apa juga keadaan.


Sukan kita wajah kita. Maruah kita baik atau buruknya biarlah kita yang menjaga. Memang lumrah manusia suka pada yang lebih baik, disanjung & mashur namanya. Berkisar tentang soal import dlm sukan bola sepak demi memartabatkan maruah sukan negara bukanlah satu jaminan untuk kita sentiasa gah disinggahsana. Lihat saja jiran tetangga yang sudah membuka pintu kerakyatannya demi menaikkan prestasi semasa. Bukan `instant glory` yang kita mahukan. Yang utama konsistensi dalam membangunkan sukan itu. Hari ini kita beri kerakyatan kepada Nelson Sam Martin sebagai contoh, 2-3 tahun kemudian kita akan beri pula kerakyatan kepada Santos bagi meneruskan `survival` bolasepak negara. Ini nampaknya sentiasa memerlukan `darah luar` bagi meneruskan perjuangan. Adalah lebih baik, malah boleh lebih berbangga dgn anak tempatan jika boleh diangkat ke hadapan.

Mungkin ada benarnya pemain kita tidak pernah belajar dari yang lebih baik. Di saat kita mengharamkan import, kita nampaknya lebih berdaya saing, lebih berusaha mengisi kekurangan yang perlu segera diiisi. Namun seoalah2nya bila kembalinya awang2 import, pemain2 kita seakan melepaskan beban yang mereka galas kepada mereka yang bergaji jauh lebih tinggi dari anak2 tempatan ini. Mungkin sikap merendah diri orang2 kita hadir kembali seperti hadirnya pemain2 import ini. Kembali kepada prestasi skuad kita sekarang ini. Kita fokus pada senarai2 pemain yang dibawa oleh Datuk Raja kali ini. 

Mungkin ada benarnya yang admin HKC tulis pada FB dimana ketika Selangor mendominasi liga M dahulu, maka ramailah pemain2 Selangor membarisi skuad negara…begitu juga ketika Kedah mencipta `double treble`, maka ramai juga yang `lekat` bagi senarai2 pemain yang dinamakan. Mie Yeh, Fauzi Nan, Fazliata, Sabre Abu, Keown, Sepet, Muhymeen, Thiru dan beberapa orang lagi pemain. Namun kali ini agak ketara dimana kurangnya pemain2 utama Kelantan dlm barisan skuad negara. Bahkan Datuk Raja pandai pula mengatakan bahawa Singapura kenal pemain2 kita. Mana tidaknya, majoritinya mereka datang drpd skuad LION XII yang merupakan Naib Juara Liga SUPER Malaysia. Kita sedia maklum bahawa nama2 yang dipilih merupakan mereka yang bertaraf `selebriti` berbanding kehebatan semasa di atas padang. Aidil sebagai contohnya, telah melepasi waktu kemuncaknya ketika beraksi utk N.Sembilan. Lihat shj ATM ketika bertahan. Mujur juga serangan mereka tajam & berkesan. 

Tapi tak perlu lagi dipersoalkan tentang pemilihan senarai2 pemain. Hanya yang boleh ialah bagaimana pula pilihan 1st eleven. Apa pilihan pemain pertahanan tengah kita?Fadhli Shas ternyata pilihan utama. Tetapi siapa gandingannya?Siapa lagi pemain pertahanan tengah dgn ciri2 agresif, `commanding` & berpengalaman? Bek kanan kita ada dua pemain yang dilihat sesuai Mahali & Bunyamin. Bek kiri nampak sukar mencari yang sesuai biarpun ramai calonnya iaitu Azmi, Zubir & Irwan Fadzli. Peranan fullback sgt penting jika kita gemar menggunakan khidmat pemain2 sayap. Fullback perlu naik membantu ketika menyerang tetapi pada masa yang sama perlu menjaga benteng pertahanan. Kritikalnya kita apabila dua pemain tengah kita tidak berfungsi. Amar & Safiq tidak menjadi. Apa pula pilihan? Menggantikan Amar mungkin mudah iaitu kita mempunyai Shakir Shaari & Gary Steven Robat. Bagaimana pula dgn Safiq yang merupakan kapten skuad Harimau Malaya?Baddrol dilihat kurang menyengat akhir2 ini. Ketika menentang Bangladesh kerap kali tersangkut larian & hantarannya. Mungkin juga kita perlu padatkan sedikit kawasan tengah bagi mengusai bola. 

Pemain2 perlu bergerak bersama bola bagi mencari ruang buat rakan2. Melakukan hantaran dari kedudukan statik/ terlalu dibawah menyempitkan lagi ruang & mudah dipintas lawan. Amar tidak banyak bergerak naik & mengharapkan Safiq turun mendapatkan bola. Fullback juga `malu2` utk membantu pemain2 sayap. Jika Mat Yo gemar menggelecek & membawa bola, maka mungkin ada baiknya dia diberi peranan sebagai pemain sayap. Muhymeen lebih berkesan sebagai penyerang. Ataupun kita masih ada Syakir Ali sebagai peledak. Taktikalnya mungkin bermain dgn corak permainan yang pantas. Namun apa yang diterjemahkan bukanlah pantas, pemain kita sendiri bermain dgn keadaan tidak tersusun akibat hantaran & larian yang tidka membantu. Lawan pula lebih tenang menguasai bola. Pemain perlu bergerak sebagai sebuah pasukan, saling membantu mendapatkan bola, tidak mustahil kita akan bermain dgn lebih baik.

Semoga Harimau Malaya bangun dari tidurnya!



Senarai lengkap skuad negara bagi AFF Suzuki Cup 2012. Siapa pilihan anda?


Goalkeepers

KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT (Kelantan FA)
MOHD FARIZAL BIN MARLIAS (N.Sembilan FA)

Defenders

MAHALLI BIN JASULI (Harimau Muda)
MOHAMAD AIDIL ZAFUAN BIN ABD RADZAK (ATM FA)
MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM (ATM FA)
MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS (Harimau Muda)
MOHD BUNYAMIN BIN UMAR (Selangor FA)
MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD (Terengganu FA)
MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD AZMI (Terengganu FA)

Midfielders

AMAR BIN ROHIDAN (Kedah FA)
AZAMMUDDIN BIN MOHD AKIL (Pahang FA)
BADDROL BAKTHIAR (Kedah FA)
GARY STEVEN ROBBAT (Harimau Muda)
KUNANLAN SUBRAMANIAM (N.Sembilan FA)
MOHD SHAKIR BIN SHAARI (Kelantan FA)
SAFIQ BIN RAHIM (Selangor FA)
WAN ZACK HAIKAL BIN WAN NOR (Harimau Muda)

Forwards

AHMAD FAKRI BIN SAARANI (Felda United FC)
AHMAD HAZWAN BIN BAKRI (Harimau Muda)
MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI (Kedah FA)
MOHD SAFEE BIN MOHD SALI (Pelita Jaya FC)
NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA (Kelantan FC) 

No comments:

Post a Comment