Monday, November 26, 2012

Satu Lagi `Comeback` : United 3-1 QPR


MU kembali ke persada liga dgn aksi `comeback` yang agak menggusarkan. United merehatkan Carrick dgn memberi laluan buat Fletcher kembali memberikan aksi sulung liganya buat United musim ini setelah berehat panjang. Gandingannya dgn Scholes membantu United menguasai bahagian tengah namun belum cukup baik utk menembusi benteng QPR yang nyata begitu berdisplin & bersemangat setelah pengurusnya, Mark Hughes dipecat. Dengan ketiadaan Valencia yang mengalami masalah pada pahanya, United menurunkan 3 pemain penyerang iaitu Rooney, van Persie & Welbeck. Welbeck yang mempamerkan permainan yang agak baik ketika di Turki diberi paranan sebagai pemain sayap. Larian bola yang agak baik oleh Welbeck sepatutnya membantu United mengumpan ke kawasan penalti lawan namun ianya tidak begitu berhasil. Seorang lagi pemain sayap, Young juga jelas tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.

QPR terlebih dahulu mengejutkan United ketika Cisse menghantar cantik bola kepada Markie yang berada diantara Evans & Rio dgn disudahi dgn tandukan kemas menerjah jaring. Namun penjaga garisan terlebih dahulu mengangkat bendera kerana Mackie hanya sedikit berada dlm posisi off-side. Kemudian United kembali mengasak & memperolehi dua percubaan tepat oleh Rooney namun diselamatkan oleh Julio Cesar. QPR bagaimanapun berada didepan selepas Lindegaard terlebih dahulu menyelamatkan satu percubaan lawan namun bola yang muntah disambar Mackie yang tidak dikawal dihadapan pintu gol United. Setelah ketinggalan, United melakukan perubahan taktikal dgn membawa masuk Anderson & Chicharito menggantikan Scholes & Young. Ternyata Ando berjaya mengubah permainan United dgn larian2 & hantarannya yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Rangers. 

Akhirnya United berjaya menyamakan kedudukan setelah sepakan sudut Rooney disambut oleh RvP yang kemudianya melantun dihadapan Evans yang berjaya disambar utk menewaskan Cesar.Seakan mendapatkan tenaga baru, United terus menekan lawan & sekali lagi sepakan sudut Rooney disambut oleh tandukan kencang Fletcher utk United mendahului 2-1. Chicharito kemudiannya melengkapkan kemenangan United setelah memperolehi hantaran yang cukup cantik daripada Anderson. Utk next game nnti, kemungkinan De Gea akan kembali mengawal pintu gol United manakala Carrick mungkin akan bergandingan dgn Fletcher, Ando & Welbeck sambil Rooney akan berpasangan dgn RvP sekali lagi. Ando mungkin boleh diberi kepercayaan sepenuhnya musim ini setelah penampilannya setakat ini begitu memberi kesan kepada permainan United. Masalah utama United kini ialah berkenaan dgn prestasi pemain2 sayap yang tidak konsisten. Kemungkinan United perlu berbelanja bagi mendapatkan pemain sayap baru samaada pada musim perpindan Januari nanti ataupun musim hadapan. 

Berita mengenai pengganti SAF iaitu Pep Guardiola kembali diperkatakan setelah Chelsea yang sebelum ini berminat mendapatkan bekas pengurus Barca tersebut mengumumkan Rafa Benitez sebagai pengganti sementara RDM yang dipecat. Guardiola dikatakan berminat mengendalikan United biarpun terpaksa menunggu sehingga SAF bersara yang dilaporkan akan menamatkan kariernya hujung musim ini. Dikhabarkan SAF & Pep telah bertemu di US bagi membincangan pelan pengambil-alihan tersebut. 

No comments:

Post a Comment