Tuesday, November 20, 2012

Norwich rencatkan prestasi United


United yang mengungguli carta liga akhirnya dipintas oleh pasukan jiran iaitu Man City selepas tewas kepada Norwich City dgn jaringan 1-0 oleh Pilkington. Namun begitu, United yang mempamerkan prestasi memberangsangkan dgn rekod tewas kali pertama dlm 6 perlawanan selepas 5 kali berturut2 mencatat kemenangan dgn aksi `comeback` gagal meneruskan rentak cemerlang apabila longlai di Carrow Road. United yang turun tanpa kelibat Wayne Rooney ternyata buntu mencari jaringan manakala bahagian tengah dilihat kurang bertenaga berikutan gandingan Carrick-Giggs. Sepatutnya United dilihat mampu mempertahankan kedudukan liga andai pemain2 seperti Cleverley, Anderson & Fletcher diturunkan memandangkan pemain2 sayap juga tidak beraksi dgn berkesan sekaligus gagal membantu van Persie & Hernandez. Apapun, United masih mampu memintas kembali hujung minggu ini tatkala City bakal berdepan dgn Chelsea di Stamford Bridge. QPR yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan seharusnya tidak menjadi halangan buat United kembali ke landasan kemenangan.

Sebelum itu, United telah tiba di Turki utk pertemuan dgn Galatasaray awal pagi esok  bagi melengkapkan perlawanan kumpulan bagi saingan UCL . United berlepas ke sana tanpa tonggak senior seperti De Gea, Ferdinand, Evra, Scholes, Giggs, Valencia, van Persie, Rooney selain Kawaga, Nani & Evans yang masih mengalami kecederaan. Smalling juga nampaknya direhatkan. Dengan itu, kemungkinan besar line-up nanti semestinya terdiri drpd pemain2 yang berumur sekitar 21 tahun selain Fletcher, Carrick, Young & Lindegaard yang dilihat pemain senior yang bakal diturunkan. Pemain yang berlepas ke Turki adalah :

Travelling squad: Sam Johnstone, Anders Lindegaard; Rafael, Alexander Buttner, Phil Jones, Tom Thorpe, Marnick Vermijl, Scott Wootton; Michael Carrick, Davide Petrucci, Larnell Cole, Tom Cleverley, Darren Fletcher, Anderson, Nick Powell, Ashley Young, Ryan Tunnicliffe; Javier Hernandez, Joshua King, Danny Welbeck, Federico Macheda.

Barisan kemungkinan :

Lindegaard
Rafael, Jones, Wooton, Buttner
Carrick, Fletcher
Cleverley, Anderson, Welbeck
Hernandez


No comments:

Post a Comment