Thursday, December 22, 2011

United belasah Fulham 5-0

Fulham vs United di Craven Cottage.


Welbeck menjaringkan gol diawal minit ke-5 permainan hasil hantaran lintang Nani.


Jones dikeluarkan selepas minit ke-18 selepas disiku oleh Dempsey. Kecederaannya dijangka akan mengambil masa sehingga 6 minggu akibat keretakan tulang pipinya.


Giggs melengkapkan jaringannya setiap musim sepanjang kariernya dalam Premier League. Ianya merupakan jaringan ke- 19,999 BPL.


Rooney terus mencipta jaringan dengan rembatan jarak jauh yang cantik.


Cool finish. Berbatov turut menjaringkan gol pertamanya dalam liga musim ini dengan bergaya.

Bertandang ke Craven Cottage selalunya memberi masalah buat United. Namun awal pagi tadi, United dilihat seperti sudah kembali kepada prestasi sepertimana diawal musim dengan mudah membenam Fulham 5-0.

United tidak perlu menunggu lama selepas Nani meloloskan diri disebelah kiri sebelum melintangkan buat Welbeck untuk meletakkan United 1-0 didepan pada minit ke-5 permainan.
Welbeck dengan tenang & yakin melakukan 1st timer bagi menggegarkan jaring lawan. Namun pada minit ke-18, Jones tidak dapat meneruskan permainan akibat gegaran/tidak stabil selepas disiku oleh Dempsey diawal permainan. Berita awal mengjangkakan Jones mengalami keretakan tulang pipi dan bakal disisihkan untuk tempoh 6 minggu. Satu lagi tamparan buat United bilamana keserasian Carrick-Jones ditengah menghasilkan sesuatu yang positif.

United yang memasukkan Young memaksa Valencia turun ke bawah mengambil alih posisi Jones selaku RB. Disaat2 Valencia kembali kepada prestasinya, terpaksa pula bermain dibahagian pertahanan. Namun gandingan Nani & Valencia disebelah kanan tidak mengecewakan. Persefahaman yang ditunjukkan mereka sangat2 membantu dengan masing2 saling melakukan `overlap` bagi terus memberi tekanan & asakan ke kubu Fulham.

Hasil dari hanataran lintang Giggs yang berpunca dari sepakan penjuru, Nani menanduk cantik ke penjuru gol Fulham untuk kedudukan 2-0. Giggs seterusnya menjadikan 3-0 selepas percubaannya terbias pemain pertahanan Fulham sebelum memperdaya panjaga gol Fulham.
Kemasukan Young tidak mengancam kubu Fulham dari sebelah kiri walaupun sebelum itu Nani & Welbeck begitu mudah melepasi `fullback` kanan Fulham. Akhirnya Young juga terpaksa dikeluarkan akubat kecederaan akibat diasak oleh Etuhu. Young juga bakal direhatkan untuk beberapa minggu.

United memasukkan Park Ji Sung & Berbatov ketika baki permainan semakin menuju ke penghujung. Berbatov yang menggantikan Welbeck mempamerkan penguasaan bola yang menarik. Rooney akhirnya menemui sentuhan jaringannya selepas merembat jauh bola menewaskan sekali lagi Stockdale. Berbatov juga akhirnya mengakhiri kemarau jaringannya dengan jaringan pertama musim ini dalam aksi BPL dengan sentuhan `backheel` yang menarik & tenang pada masa tambahan. Penjaga gol United, Lindegaard juga cemerlang menafikan beberapa percubaan Johnson. Pertahanan juga begitu mantap mengekalkan `clean sheet`. Fulham nampak mengancam melalui Dempsey & Dembele. Mujur Johnson hanya berkeseorangan di depan sebelum memasukan Zamora di penghujung permainan.

Status Jones agak merisaukan barisan pertahanan & tengah United. Nampaknya hanya Giggs yang mampu mengisi kekosongan dibahagian tengah bersama2 Carrick sementara menanti kembalinya Cleverley, Ando atau Fletcher. Agak sukar untuk melihat Gibson beraksi. Mungkin Pogba akan dipanggil untuk membarisi skuad selepas Fryers yang kini menjadi pemain reserve yang menanti dibangku simpanan abrisan utama United. Ferdinand dijangka kembali cergas untuk game `Boxing Day` nanti dengan Wigan.

Barisan pemain :

Lindegaard
Jones Smalling Evans Evra ©
Valencia Carrick Giggs Nani
Rooney Welbeck

sub : De Gea, Fryers, Rafael, Young (Jones), Park Ji Sung (Young), Hernandez, Berbatov (Welbeck)

Keputusan penuh :

Fulham 0 - 5 United

- Welbeck 5`
- Nani 28`
- Giggs 43`
- Rooney 88`
- Berbatov 90`

No comments:

Post a Comment