Tuesday, December 27, 2011

Hatrik Berbatov bantu United.

Boxing Day : United vs Wigan di Old Trafford.

Park Ji Sung menjaringkan gol pertama United hasil gerakan Evra disebelah kiri.


GOL! - Berbatov membuka jaringan kedua buat dirinya musim ini & juga gol kedua United.


Sommon menolak muka Carrick dengan tangannya dalam usaha memenangi perebutan bola.

KAD MERAH! - Pengadil Phil Dowd melakukan kesilapan besar ketika melayangkan kad merah kepada pemain Wigan, Conor Sommon.

Berbatov sekali lagi meledakkan jaringan gol yang ketiga buat United untuk terus dihadapan.


KENCANG - Valencia turut mencatatkan nama sebagai penjaring.

LUAR - Park Ji Sung dijatuhkan diluar kotak penalti namun Phil Dowd memberikan sepakan penalti.


HATRIK - Berbatov melengkapkan jaringan ketiganya malam tadi.

United turun tanpa pemain pertahanan yang cukup. Membariskan Valencia & Carrick dibahagian pertahanan adalah langkah yang cukup terdesak dikala United tidak dapat menurunkan Smalling, Ferdinand & Jones akibat kecederaan & kecergasan. Hanya Evans & Evra yang merupakan pemain pertahanan. Dibangsu simpanan, United mempunyai Fryers & Rafael.

Dibahagian tengah, United terpaksa menurunkan gandingan Gibson-Giggs bagi menghubungkan dengan bahagian serangan yang dibarisi Berbatov & Hernandez serta dibantu oleh sayap iaitu Nani & Park Ji Sung. Rooney & Welbeck direhatkan memandangkan lawan sekarang bermain dengan prestasi yang kurang baik.

United seawal minit ke-8 telah didepan hasil gerakan cantik Evra yang disudahkan oleh Park Ji Sung. Malam gemilang Berbatov bermula selepas Wigan dihukum oleh keputusan teruk oleh pengadil, Phil Dowd yang melayangkan kad merah kepada Conor Sommon. Sebelum itu, Dowd beberapa kali menafikan sepakan penalti buat United selepas Hernandez dijatuhkan. Dowd berada jauh dari bola ketika membuat keputusan. Masalah yang sama juga dilakukan oleh Alan Wiley satu ketika dulu yang mengundang komen pedas dari SAF yang mengakibatkannya digantung 5 perlawanan.

Berbatov melengkapkan hatriknya selepas menyempurnakan sepakan penalti. Mulanya Rooney telah mengambil bola namun kemudiannya menyerahkan buat Berbatov untuk melengkapkan 3 gol buat dirinya serta gol ke-5 buat United mengulangi keputusan yang diperolehi ketika bertandang ke Craven Cottage minggu lepas.

Secara keseluruhannya, dengan ramai pemain bermain dalam posisi off position, adalah sukar untuk menyatakan bagaimana permainan sebenar jika masing2 diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Namun yang pasti pemain2 United tidak melakukan sebarang kesilapan. Wigan sendiri tidak bermain dengan baik lebih2 lagi selepas bermain dengan 10 orang pemain. Pertemuan dengan Blackburn nanti kita mengharapkan Jones, Smalling serta Ferdinand akan kembali beraksi & Carrick serta Valencia kembali ke bahagian tengah semula. Kini United telah berkongsi mata dengan pendahulu, City dengan hanya perbezaan 5 gol. United berpeluang berada didepan selepas City akan bermain 24 jam selepas perlawanan antara United-Blackburn nanti jika berjaya memungut mata penuh. Diharap United akan terus mengekalkan momentum ini bagi mengatasi City.

Line up United semalam :

Lindegaard
Valencia, Carrick, Evans, Evra ©
Nani, Gibson, Giggs, Park Ji Sung
Berbatov, Hernandez

sub : De Gea, Fryers (Evans), Rafael, Macheda (Nani), Diouf, Welbeck, Rooney (Giggs)

Keputusan penuh :

Man United 5 - 0 Wigan Athletic

- Park Ji Sung 8`
- Berbatov 41`, 58`, 78`(p)
- Valencia 75`

- Conor Sommon (kad merah) 38`

No comments:

Post a Comment